Now Reading
Resepi Sup Ekor Ala Thai 2021 Memang Sedap Kaw-Kaw

Resepi Sup Ekor Ala Thai 2021 Memang Sedap Kaw-Kaw

Resepi Sup Ekor

Resepi sup ekor ala Thai memang sedap kaw-kaw. Cara penyediaan sangat mudah. Cepat atau lambat terpulang mengikut cara yang digunakan.

Anda diberi dua pilihan sama ada untuk menggunakan ‘pressure cooker ‘ atau secara dapur gas. Jika anda ingin menjimatkan kos dan masa, ‘pressure cooker’ adalah pilihan terbaik.

Tapi jika anda inginkan rasa tradisi ,anda boleh mereneh sup dengan api kecil kebiasaannya ia mengambil masa minimum 3 jam untuk memastikan daging betul-betul lembut dan boleh dikunyah. Lagi lama anda reneh, lagi bertambah lazat sup ekor ala Thai.

Resepi Sup Ekor Lembu Ala Thai

Resepi di bawah menggunakan dapur gas untuk mereneh.

Resepi Oleh: Pailin Chongchitnant (Hot Thai Kitchen)
Masa penyediaan: 3 jam 20 minit

Bahan utama:

  • 700g ekor lembu                                
  • 2 batang serai
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 1/2 biji tomato (dipotong secara dadu)
  • 1/2  bawang holland (cincang)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 10-12 daun limau purut (koyak-koyakkan)
  • 3-4 sudu makan jus limau
  • Garam secukupnya

Bahan taburan:

  • 1 1/2 biji tomato (dipotong secara segi tiga)
  • 1/2  cawan daun ketumbar
  • Cili hijau (potong kecil-kecil)

Cara penyediaannya:

  1. Cuci bersih ekor lembu dan toskan.
  2. Letak ekor ke dalam periuk dan tuang air secukupnya agak-agak mengikut ketinggian paras ekor dalam periuk. Guna api sederhana.
  3. Potong serai kepada dua bahagian. Ambil bahagian atas dan masukkan dalam periuk.
  4. Kemudian, koyakkan secara kecil-kecilan  5-6 daun limau purut dan masukkan ke dalam periuk.
  5. Seterusnya ,masukkan sos ikan. Renehkan bahan tadi selama 2 1/2  jam .
  6. Anda perlu buang lemak yang naik ketika reneh. Tambah air jika berkurangan.
  7. Setelah mereneh  selama 1 1/2  jam, anda perlu keluarkan serai dan daun limau purut tadi.
  8. Masukkan bawang holland dan tomato. Reneh selama 30 minit. Hal ini untuk memastikan ‘umami’ dalam tomato betul-betul sebati dalam sup.
  9. Setelah bawang holland dan tomato sebati dan lembut, cuba tengok pada daging. Jika daging terlekang sedikit daripada tulang bermakna daging sudah lembut.

Jika tidak, anda perlu cuit sedikit daging . Lihat sama ada daging sudah lembut atau belum. Jika belum, anda perlu tunggu sehingga daging pada ekor lembut .

  1. Bila daging sudah lembut, ketuk serai lebihan dan masukkan dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan lebihan daun limau purut dan halia. Reneh dalam 15 -20 minit.
  3. Seterusnya, masukkan garam. Jika rasa masa kurang, boleh tambah jus limau .Kacau-kacau siap.
  4. Boleh dihidang bersama nasi atau bihun.
resepi sup ekor

Jika anda ingin menggunakan ‘pressure cooker’, anda hanya perlu masukkan kesemua bahan di atas kecuali bahan taburan.

resepi sup ekor

Seperti contoh, jika anda menggunakan pressure cooker jenama Sincero, anda hanya perlu klik ‘soup/stew’ sahaja. Biarkan ia mereneh sendiri selama 45 minit, suhu 160. Bila sudah berhenti, jangan lupa buang wap atau lepaskan wap dahulu untuk elakkan berlaku kemalangan di dapur. Selepas itu, anda boleh letak bahan taburan di atas sup tadi.

Tips memilih ekor lembu

Terdapat pelbagai tip yang perlu kita ambil peduli untuk memilih ekor lembu yang baik.

  1. Ekor berwarna putih susu

Ekor lembu yang segar dan  tidak mempunyai campuran mempunyai warna putih susu dan telus. Manakala , ekor yang rosak dan tidak segar berwarna kekuningan dan kecoklatan.

  1. Berbau hamis lembu

Ekor segar berbau hamis lembu. Manakala ekor yang buruk mempunyai bau seperti sengatan getah.

  1. Tidak diharungi lalat

Anda perlu memastikan ekor yang di beli tidak diharungi lalat. Cuba anda perhatikan, jika ekor itu diletakkan di tempat kering dan lalat penuh menguasai ekor tersebut. Anda dinasihatkan untuk tidak membeli untuk mengelakkan penyakit yang tidak diingini.

See Also
wantan goreng

  1. Tidak kaku atau keras

Ekor yang masih dalam keadaan segar mempunyai daya tahan yang normal, tidak kaku atau keras. Selain itu, ia akan kelihatan sedikit epidermis yang merupakan sisa-sisa lemak di permukaan ekor.

Kesimpulannya, anda harus mencuba resepi sup ekor ala Thai , rasanya memang sedap kaw-kaw . Resepi paling mudah untuk anda turuti. Yang penting anda boleh jimatkan kos dan boleh makan banyak-banyak.

Sumber:

Http://www.professionalsecrets.com/en/ps/ps-university/chef-de-partie-meat/meat-guide/beef-cuts/oxtail/

Https://hot-thai-kitchen.com/thai-oxtail-soup/

Https://drhealthbenefits.com/food-bevarages/meats/health-benefits-of-eating-oxtail

error: Content is protected !!