resepi soto

Soto ayam ni memang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Tahu tak kalau hari-hari sarapan dengan makan soto ayam pun boleh. Yang penting haruslah ada resepi soto ayam yang enak!

Kali ini kami akan kongsikan resepi soto ayam dengan bahan yang mudah dan ringkas jadi bolehlah anda cuba di rumah.

Soto ayam sangat sedap jika dihidangkan kepada tetamu semasa apa-apa majlis, ataupun anda boleh juga buat soto ayam untuk keluarga anda nikmatinya di rumah.

Jom lihat resepi soto ayam di bawah.

Bahan-bahan dikisar :

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas

Tips : Bahan-bahan ini semuanya perlu dikisar sehingga halus. Untuk serai ia terpulang kalau nak kisar sekali ataupun nak titik pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun sudah cukup.

Bahan-bahan ditumis :

  • Kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
  • biji pelaga
  • Rempah soto 1 peket kecil
  • Sup bunjut 1 bunjut

Bahan-bahan lain :

  • 1 ekor ayam yang dipotong 4
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu besar santan (optional)

Cara-cara penyediaan :

  1. Mula-mula, perlu panaskan minyak di dalam kuali panas.
  2. Kemudian, tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, dan tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan bahan yang di kisar halus ke dalam kuali.
  4. Masukkan, rempah soto dan tumis sekali sehingga sebati.
  5. Masak ramuan sehingga garing dan pecah minyak ( rempah soto kena masak lama sikit )
  6. Kemudian, masukkan air secukupnya mengikut kegemaran sendiri.
  7. Biarkan air mendidih sendiri.
  8. Bila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam supaya ia larut dan masak.
  9. Biarkan kuah merenih sementara untuk rasa yang mendalam.
  10. Masukkan, perasa garam dan gula secukup rasa
  11. Kemudian, angkat ayam dan toskan di luar.
  12. Ayam kemudian di goreng untuk rasa yang lebih ranggup.
  13. Selepas itu, daging ayam akan disiat-siat halus untuk dimasukkan ke dalam soto ayam nanti.
  14. Baki kuah akan ditambahkan air untuk sup yang lebih banyak.
  15. Biarkan ia mendidih seketika.
  16. Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka mengikut citarasa anda.
  17. Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

Bahan-bahan untuk begedil daging  :

  • 4 biji kentang yang dipotong bulat nipis dan digoreng sampai masak
  • 200 gm daging cincang yang digoreng dan ditumbuk lumat
  • 1 pokok daun sup -yang dicincang halus
  • 1 pokok daun bawang yang dicincang halus
  • bawang merah yang dicincang halus
  • bawang goreng
  • dua biji kuning telur – putih telur untuk celup sebelum begedil di goreng
  • 1 sudu besar perencah sup
  • 2 biji putih telur
  • Garam gula secukup rasa.

Cara-cara penyediaan :

  1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali putih telur.
  2. Tambah bahan perasa seperti garam.
  3. Buatkan bentuk bulat-bulatan.
  4. Kemudian, celupkan dalam putih telur.
  5. Selepas itu, gorengkan ia di dalam minyak panas hingga masak
  6. Boleh sedia untuk dihidangkan bersama soto ayan.

Bahan-bahan untuk sambal kicap :

  • 15 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
  • secubit garam
  • 2 biji limau kasturi

Cara-cara penyediaan :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
  2. Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
  3. Kisar bahan sampai halus
  4. Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi
  5. Sedia untuk dihidangkan sebagai sos pencecah bersama soto ayam.

Kami harap, anda bolehlah guna resepi soto yang kami sediakan ini untuk buat soto sendiri di rumah. Pasti lebih puas hati dan enak jika dibuat sendiri. Jangan lupa cuba dan hidangkan untuk keluarga anda. Selamat mencuba!

Source:  

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2019/05/soto-ayam-mudah-ringkas-sedap.html

Summary
Resepi Soto Ayam Yang Mudah Dan Simple
Article Name
Resepi Soto Ayam Yang Mudah Dan Simple
Description
Soto ayam ni memang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Tahu tak kalau hari-hari sarapan dengan makan soto ayam pun boleh. Yang penting haruslah ada resepi soto ayam yang enak!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: