siakap stim
Dengan tambahan perasa menggunakan limau, deria rasa anda pasti meningkat dengan setiap hirupan kuah hidangan siakap stim ala thai.

Apabila anda melihat resepi yang menggunakan kaedah stim atau kukus ini, pastinya ia lebih menyihatkan kerana tidak menggunakan terlalu banyak minyak. Kurang minyak, maknanya kurang kalori!

Dengan tambahan perasa menggunakan limau, deria rasa anda pasti meningkat dengan setiap hirupan kuah hidangan siakap stim ala thai itu.

Jadi, apa kata anda sediakan hidangan ini sendiri dan lihat jika ia boleh mencapai rasa di restoran Thai yang anda biasa pergi.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis
  • 1 batang serai
  • 5 hirisan halia
  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sos ikan

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan buang segala kekotoran di dalamnya. Bersihkan ia hingga ia tidak lagi berdarah dan bersih.
  2. Hiris bahagian tepinya agar ia masak dengan rata.
  3. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  4. Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
  5. Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu yang perlahan.
  6. Bagi kuahnya, cincang bawang putih secara kasar.
  7. Gorengkan bawang putih yang telah dicincang hingga warna keemasan.
  8. Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, sedikit gula perang, cili hijau dan merah, lebihan serat dan perahan jus limau.
  9. Perasakannya mengikut selera anda dan tambahkan air jika ia terlalu masin.
  10. Kacau kuah hingga sebati.
  11. Kemudian, kukus pula ikan bersama kuah.
  12. Apabila dua-dua telah masak, taburkan hirisan daun ketumbar.
  13. Angkat ikan bersama kuahnya dan hidangan ikan siakap stim ala thai anda siap dihidangkan!

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada https://cookpad.com/my/recipes/9951090-siakap-stim-limau-phopbylinimohd-batch17

SUMBER

https://siraplimau.com/resepi-siakap-stim-limau-simple/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Siakap Stim Ala Thai Seperti Di Restoran Thai Kegemaran Anda!
Published On
Tagged: