Resepi Shell Out

Bila dengar perkataan Shell Out sahaja pasti ramai yang teruja dan tak kurang juga yang terliur apabila terbayang nikmat kelazatannya. Penggemar makanan laut pasti tahu tentang menu ini dan ianya bagaikan satu fenomena yang telah pun trending dalam kalangan penggemar makanan tersebut.

Resepi ini sangat mudah dan tidak susah, malah dijamin sedap masakan air tangan sendiri berbanding daripada makanan di luar. Bila kat rumah, nak ratah makanan laut walaupun agak comot tidaklah memalukan kerana tiada orang lain selain ahli keluarga kita sendiri.

Selamat mencuba !

Resepi Shell Out

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang merah – 6 biji
  • Bawang putih – 6 biji
  • Halia – sebesar ibu jari
  • Lada kering – 5 tangkai
  • Serai – 4 batang (diketuk)
  • Sos tiram – 3 sudu makan
  • Sos cili – 3 sudu makan
  • Serbuk kari ikan Baba’s – 3 sudu makan
  • Daun kari – 2 tangkai
  • Daun limau purut – 4 helai
  • 1 kiub ayam
  • Pes asam jawa
  • Gula
  • Lemon (untuk tujuan hiasan. Bergantung kepada pilihan dan citarasa masing-masing)

Makanan laut:

  • Ketam – 1 kg
  • Sotong – 1/2 kg
  • Udang – 1/2 kg
  • Kerang
  • Lala
  • Kupang
  • Pepahat

Bahan sayur-sayuran

  • Jagung manis – 1 biji (potong 3)
  • Brokoli (dipotong kecil)
  • Kentang (potong wedges atau dibelah 4)
  • Lobak (hiris bulat)
  • Bunga kubis (dipotong kecil)

Cara-cara memasak:

  1. Celurkan bahan sayur-sayuran menggunakan air panas.
  2. Makanan laut juga dicelurkan dengan cara yang sama. Simpan sedikit air rebusan air celuran makanan laut untuk dicampurkan bersama kuah nanti.
  3. Bawang putih, halia, lada kering, dan bawang putih dikisar halus, kemudian ketepikan.
  4. Tumiskan daun kari bersama bahan-bahan kisar sehingga aroma tumisan naik dan pecah minyak.
  5. Setelah itu, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dan tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan pula sos tiram dan sos cili ke dalam masakan.
  7. Kemudian, lebihan air rebusan makanan laut tadi dimasukkan bersama pes asam jawa, gula, dan kiub ayam. Sekiranya tidak ada kiub ayam, bahan seperti garam dan serbuk perasa boleh dijadikan pengganti.
  8. Masukkan daun limau purut setelah cukup semua rasa masam, manis, masin, dan pedas oleh bahan-bahan perasa sebentar tadi.
  9. Gaul rata masakan anda sehingga sebati. Balik-balikkan makanan laut dan bahan sayuran agar kuahnya sebati serta rasanya rata diedarkan ke semua makanan.
  10. Tutupkan api setelah benar-benar mendidih dan Shell Out siap untuk dihidang!

Sumber:

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2016/09/resepi-shell-out-yang-sangat-sedap.html

https://siraplimau.com/resipi-shellout-paling-mudah/

Tagged: