serunding

Biasa kita dengar kalau serunding sahaja mesti dibuat daripada ikan, ayam atau daging. Apa kata kali ini cuba ubah selera, kita buat serunding kelapa.

Serunding kelapa ini sama sahaja macam serunding lain, bezanya cuma serunding ini menggunakan kelapa. Kalau makan dengan pulut atau nasi kosong panas-panas memang bangkit selera.

Jom cuba!

Bahan – bahan :  

  • 5 biji kelapa parut
  • 5 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar pati asam jawa
  • 10 sudu besar gula pasir
  • garam atau perasa pilihan secukupnya

Bahan – bahan tumbuk / kisar : 

  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji bawang merah
  • 1 cawan udang kering – rendam hingga lembut, toskan airnya (pilihan – tak letak pun tak apa)
  • 5 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 6 cm halia
  • 6 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
  • 5 batang serai – hiris halus
  • 3 batang serai – diketuk

Cara membuat serunding kelapa:

1. Mula-mula, gaul kesemua bahan di atas hingga sebati.

2. Kemudian, panaskan periuk dan letakkan serai ketuk di atas serunding kelapa. Gunakan api kecil.

3. Tutup periuk dan perap selama 4 hingga 5 jam.

4. Masukkan di dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kelapa menjadi ringan dan kering.

5. Keluarkan serai, dan biarkan seruding kelapa menjadi sejuk sebelum disimpan. 

Bagaimana? Senang kan? Apa kata cuba buat serunding kelapa ini untuk naikkan selera makan. Tapi bukan makan sehingga kenyang, cukup sekadar ada tenaga sepanjang hari.

Selamat mencuba!

Source:

https://salamisimon1.blogspot.com/2020/04/resipi-serunding-kelapa-warisan-embah.html

Tagged: