Resepi Semperit Susu Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Semperit adalah kuih raya tradisional yang mudah dibuat.

Semperit adalah kuih raya tradisional yang mudah dibuat. Cubalah resipi kuih semperit susu yang mudah dan sihat ini sebagai juadah di hari raya.

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Pewarna kesukaan secukupnya
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 4 1/4 cawan tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan di atas dan kacau menggunakan senduk
  2. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati
  3. Kemudian, masukkan tepung jagung, Uli hingga sebati. Adunan mestilah lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya,
  4. Terapkan adunan dan biarkan selama 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Guna api atas dan bawah.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Semperit Susu Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Published On
Tagged: