Now Reading
Resepi Sayap Ayam Dengan Perapan Coca-Cola

Resepi Sayap Ayam Dengan Perapan Coca-Cola

Sayap ayam

Coca-Cola ialah minuman Kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola CompanyNYSE:KO) dari AtlantaGeorgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya. Ia juga boleh digunakan dalam masakan seperti ayam coco-cola.

Resepi “Sayap Ayam Dengan Perapan Coca-Cola” adalah salah satu hidangan paling popular di China. Ia menggabungkan perapan gaya masyarakat Cina dan minuman soda Coca-cola untuk menghasilkan sayap gaya BBQ yang berjus dan sedap.

  • Masa penyediaan – 5 minit
  • Masa memasak – 30 minit
  • Tahap – Mudah
  • Pengukuran: Metrik
  • Saiz hidangan: 4 orang

Peralatan yang diperlukan

  • Kuali dalam (Wok)
  • Kuali leper (Skillet)

Bahan-bahan:

  • 2 sudu minyak kacang tanah (atau minyak sayuran)
  • 16 kepak ayam, dikeringkan dengan tisu kertas
  • 2 lada, dikeringkan
  • 1/2 daun bawang sepanjang 10 sentimeter/ 4 inci, dicincang (atau daun kucai)
  • 3 keping halia (ukuran sekitar 50 sen)
  • 2 sudu besar kicap ringan
  • 2 sudu air rebusan ayam 
  • 1 tin (350 mililiter/ 12 auns) coca-cola
  • 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • Daun ketumbar atau daun bawang dicincang untuk hiasan (pilihan)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat dengan api sederhana tinggi. Apabila minyak sudah panas, masukkan sayap ayam dengan kulit ke bawah. Panggang sehingga bahagian bawah ayam bertukar menjadi keemasan, iaitu selama 3 hingga 4 minit. Terbalikkan sayap dan goreng bahagian lain hingga keemasan. Tutup api dan pindahkan sayap ayam ke pinggan. Ketepikan dan simpan minyak lebihan itu. (Anda juga boleh menggoreng ayam di dalam ‘air fryer’ atau memanggangnya menggunakan ketuhar bagi versi lebih sihat dan kurang kalori).
  2. Panaskan kuali di atas api sederhana tinggi. Apabila kuali panas, tambahkan baki minyak dari periuk leper (kira-kira 2 sudu besar, tambah lebih banyak jika diperlukan). Angkat kuali dan pusingkan dengan teliti, untuk melapisi bahagian bawah kuali dengan minyak. Panaskan minyak hingga ke api sederhana. Masukkan lada besar dan biarkan ia masak selama beberapa saat, hingga berwarna gelap. Masukkan daun bawang dan halia dan kacau beberapa kali hingga wangi. Masukkan kicap ringan, air rebusan ayam dan Coca-cola dan kacau perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian, masukkan kepak ayam dengan teliti dan kacau sehingga semuanya dilapisi dengan sos.
  3. Apabila sos mula mendidih, rendahkan suhu hingga api kecil dan didihkan selama 20 minit. Selama 15 minit pertama, gunakan spatula untuk mengacau 2 hingga 3 kali, bagi mengelakkan sos terbakar di bahagian bawah. Apabila kuah mulai pekat, masukkan garam. Pastikan anda sentiasa berdekatan dengan kuali dan kacau dengan kerap apabila sosnya berkurangan menjadi sepertiga daripada jumlah asal. Apabila sos menjadi pekat dan menyaluti sayap ayam dengan baik, tutup api. Sekiranya sos masih cair selepas 20 minit, naikkan suhu hingga api sederhana tinggi untuk mememkatkan sos. Pindahkan sayap ayam ke pinggan dan hiaskan dengan daun ketumbar atau daun bawang.
  4. Hidangkan makanan ini ketika ia masih panas atau telah sejuk mengikut pilihan anda.

Selamat mencuba!

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak mudah hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Tefal Cookware Natura Frypan 20cm

RM54.00

Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tidak perlu lagi menggunakan minyak apabila anda menggunakan kuali ini.

error: Content is protected !!