Resipi Sambal Hitam Pahang Asli
Sambal hitam Pahang asli adalah resipi turun-temurun yang terkenal di negeri itu dan sudah mula menempa nama dalam masyarakat kita. Ia pastinya digemari oleh ramai individu hingga menjadikannya antara makanan yang paling banyak dicari sebagai makanan sampingan.

Sambal hitam Pahang asli adalah resepi turun-temurun yang terkenal di negeri itu dan sudah mula menempa nama dalam masyarakat kita. Ia pastinya digemari oleh ramai individu hingga menjadikannya antara makanan yang paling banyak dicari sebagai makanan sampingan. Makan hidangan ini bersama nasi putih sahaja sudah cukup menyelerakan. Malah, anda juga boleh makannya bersama roti mahupun makan begitu sahaja kerana ia tidak begitu berkuah dan mudah dimakan dengan makanan lain.

Bagi penggemar makanan pedas, hidangan ini mungkin boleh menjadi kegemaran anda yang baru dengan rasa pedasnya yang membuatkan anda hendakkan lagi dan lagi. Sekarang, sudah banyak individu yang mengambil kesempatan untuk menjualnya dalam paket bagi memudahkan mereka yang tidak sempat untuk masak hidangan ini dari mula.

Namun, anda juga boleh menyediakan sambal hitam Pahang sendiri di rumah dengan resipi asli di bawah.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Cili api kampung (mengikut tahap kepedasan yang anda inginkan)
  • Ikan bilis
  • Belimbing yang telah direbus
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk separuh bawang merah dan hiris halus separuhnya lagi.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan bahagian bawang yang ditumbuk dan pastikan anda kacau sesekali sehingga warna bawang menjadi kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan cili api kampung dan kacau sehingga cili betul-betul masak.
  5. Kemudian, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan belimbing yang telah direbus.
  7. Kecilkan api dan masak sehingga sambal betul-betul naik minyak dan kering.
  8. Tapiskan minyak berlebihan dan hidangkan ia.

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber http://vanillaessen.blogspot.com

SUMBER

https://iluminasi.com/bm

Summary
Resepi Sambal Hitam Pahang Asli
Article Name
Resepi Sambal Hitam Pahang Asli
Description
Sambal hitam Pahang asli adalah resepi turun-temurun yang terkenal di negeri itu dan sudah mula menempa nama dalam masyarakat kita. Jom lihat resipinya sekarang.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: