resepi roti pita

Roti pita selalunya menghiasi tapak makanan di pasar malam. Jika anda malas pergi ke pasar malam, boleh cuba resepi roti pita yang akan kami kongsikan ini di rumah. Makan roti pita sekeping dua boleh tahan kenyang dari malam sampai ke pagi.

Roti pita berbentuk bulat dan apabila dihidangkan selalunya dipotong setengah seperti poket doraemon. Kemudian diisikan inti ke dalamnya. Roti pita biasanya diisi dengan daging, sayur dan sos ke dalamnya. Ianya akan menjadi tebal, sedap dan mengenyangkan. Isi roti pita akan bertambah kesedapannya.

Jom lihat resepi roti pita yang kami kongsikan di bawah.

Resipi MeatBall Mission Pitta Kebab oleh Nur Dhunaa AB Maleq - Cookpad

Bahan-bahan untuk roti pita :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
  • 1 cawan air suam


Tepung Gandum Cap Sauh 1kg

RM 2.19

Tepung gandum yang diperkaya dengan vitamin B1, B, Niasin dan Zat Besi. Dirumus khas untuk membuat biskut, kek, pau, kuih ladu, donat, pie-crust, puff berkrim, pastris lapis, lempeng, mee basah dan kering. Juga boleh digunakan untuk memekatkan sup, kuah dan sos. Sesuai untuk pelbagai kegunaan masakan am.


Country Farm Organic Extra Virgin Olive Oil 250ML

RM 25.20

Country Farm Organic Extra Virgin Olive Oil adalah sejuk dan tidak diperhalus. ‘Extra Virgin’ adalah gred tertinggi untuk minyak zaitun. Minyak diekstrak dengan tekanan mekanikal di bawah suhu kurang dari 27 C. Ia mempunyai 0.35% asid lemak bebas dan mempamerkan rasa, warna dan aroma yang unggul. Dihasilkan dengan buah zaitun berkualiti tinggi yang baru dipetik dan minyak yang baru ditekan tanpa penggunaan haba yang berlebihan menghasilkan keasidan yang cukup rendah, yang berada di bawah 0,5% FFA.


Ramly Premium Beef Burger 70g x 6pc

RM 7.00

Ramly Burger adalah burger Malaysia yang dicipta oleh popular di Malaysia dan di negara jiran Singapura. Walaupun jumlah dan jenis ramuan sangat bergantung pada lokasi, Ramly Burger khas terdiri dari daging lembu atau ayam, marjerin, bawang, telur, selada dan mayonis. Daging burger lembu Ramly pastinya berjus, lembut, dan enak. sesuai dengan selera anda.

Cara-cara penyediaan roti pita :

  1. Satukan tepung, yis, gula, garam dan minyak zaitun dalam satu bekas. Gaulkan supaya ia sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan ulikan sehingga doh tidak melekat pada tangan dan bekas uli.
  2. Adunan macam membuat roti puri. Oleh itu, anda perlu menguli untuk beberapa minit lagi kemudian rehatkan doh selama 1 jam untuk tindakan yis.
  3. Selepas itu, tumbuk doh dan uli semula agar boleh dibentuk bulat doh sebesar penumbuk tangan.
  4. Kemudian, leperkan doh dan gulung sedikit nipis. Sediakan non stick pan untuk tujuan menggoreng tanpa minyak pada tahap api sederhana ataupun boleh dibakar menggunakan pembakar oven. Roti pita akan nampak mengembang sedikit selepas masak.
  5. Resepi satu adunan ini akan menghasilkan 6 keping roti bulat (roti pita belum dipotong).
  6. Untuk makluman, roti ini tiada rongga di tengah roti. Maka, kenalah dipotong 2 terlebih dahulu di tengah lapisan dan kemudian belahkan bahagian tengah roti supaya dapat membentuk poket pada roti pita ini. Roti pita ini sedia untuk disumbatkan dengan inti kebab.


Mission Wholemeal Pita 5 pck

RM 10.99

Roti rata tradisional – lazat untuk diisi, dicelup, atau sebagai alternatif kepada asas pizza tradisional.

  • Sumber Serat
  • Sumber Protein
  • Sesuai untuk Vegetarian dan Vegan
  • Disahkan halal

Bahan-bahan untuk inti kebab daging :

  • 1 paket daging burger Ramly
  • 1 biji bawang Holland yang dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit lada sulah
  • Timun yang dipotong dadu
  • Tomato yang dipotong dadu
  • Mayonis

Cara-cara penyediaan inti kebab daging :

  1. Panaskan kuali dan masukkan daging burger untuk dihancurkan. Biar daging masak sampai keluarkan minyak dan sedikit kecut, baru masukkan bawang holland bersama untuk dimasak.
  2. Selepas itu, tambahkan sos-sos yang ada, lada sulah, seasoning untuk tambah rasa sehingga daging burger masak.
  3. Tambahkan timun and tomato ynag dipotong dadu kemudian kacau ia sehingga sebati dan ditutup api.
  4. Ambil roti yang telah dihiris tengah, sapukan mayonis pada bahagian dalam roti. Kemudian sumbatkan inti daging burger yang sudah dimasak.
  5. Tambahkan sos jika perlu untuk rasa yang lebih enak.
  6. Sedia dihidangkan dan rasa macam yang dijual di pasar malam.

Anda jangan lupa cuba resepi roti pita yang enak dipadankan dengan inti kebab daging yang kami kongsikan ini. Sesuai untuk seisi keluarga anda. Selamat mencuba!

Source:

https://www.majalahpama.my/roti-pita-homemade-style-versi-mudah-sedap-macam-beli-di-pasar-malam/

Tagged: