roti john
Roti john adalah seperti pencuci mulut biasa yang kita cari terutama semasa bulan Ramadhan atau setiap kali berkunjung ke pasar malam. Bukan sahaja murah, tapi ia juga enak dimakan bersama sedikit sos dan inti daging dan telur.

Roti john adalah seperti pencuci mulut biasa yang kita cari terutama semasa bulan Ramadhan atau setiap kali berkunjung ke pasar malam. Bukan sahaja murah, tapi ia juga enak dimakan bersama sedikit sos dan inti daging dan telur.

Jom kita cuba sediakan versi kita sendiri pula iaitu “Roti John versi sihat” tanpa penggunaan minyak masak atau mentega. Bagaimana ini boleh disediakan? Ikuti resepi di bawah ini sekarang.

Bahan-bahan:

  • Roti panjang
  • Beberapa biji telur (bergantung pada sebanyak mana yang anda ingin sediakan)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Sedikit daun sup (dicincang)
  • 1 biji lobak merah (dicincang halus)
  • Sedikit daging kisar (tanpa lemak)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk (telur, tomato, lobak merah, daun sup dan daging kisar) dan kacau hingga sebati.
  2. Cedok sedikit inti dan letakkan di atas roti.
  3. Gunakan kualiti tidak melekat dan bakar roti anda pada bahagian inti tadi.
  4. Biarkan ia seketika sehingga ia sedikit masak.
  5. Terbalikkan roti dan biar ia garing pada belah satu lagi.
  6. Angkat dan hiaskan roti dengan sedikit sos cili atau mayonis mengikut kesukaan anda.
  7. Roti john versi sihat anda siap dihidangkan!

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://ohbulan.com/harga-sampai-rm7-tapi-isi-ciput-je-ini-cara-mudah-nak-buat-roti-john-cheese-leleh

SUMBER

https://ibucergas.com/resepi-roti-john-yang-sihat/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Roti John Versi Sihat
Published On
Tagged: