roti arab

Roti arab goreng memang sedap kalau dimakan dengan kuah kari, tak kisah lah kari apa. Memang terbaik. Lain rasanya kalau makan roti panas-panas ini. Bahan ramuannya pun senang saja.

Roti adalah makanan ruji bagi orang di negara Arab. Mereka mempunyai pelbagai jenis roti tetapi roti yang paling menjadi tumpuan adalah roti arab. Roti arab ini dibuat menggunakan tepung gandum dan dicicah bersama kuah, sama seperti kita di Malaysia. Roti arab dicicah dengan kuah kari ayam atau daging.

 Jom kita cuba buat resepi yang dikongsikan di sini. Selamat mencuba!

Bahan – bahan :  

  • 2 1/2 cawan tepung gandum (250 gm)
  • 1 sudu teh yis mauripan 
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar minyak
  • 125 ml air suam (1/4 botol kecil air mineral)
  • secubit garam (jika suka)

Cara membuat roti arab:

1.  Mula-mula, ayakkan tepung bersama yis dan gaulkan supaya yis menjadi rata.

2.  Campurkan kesemua bahan lain ke dalam air suam dan larutkan.

3.  Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung. Kemudian, uli semenjadi doh lembut dan juga licin.

4.  Seterusnya, tutup mangkuk adunan doh tadi dengan kain yang telah dibasahkan selama 1 jam.

5.  Kemudian, uli semula doh dan bahagikan kepada sepuluh bahagian.

6.  Canaikan doh setebal 1/4 cm dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.  Bila sudah kembang, baru dialihkan ke bahagian belakangnya. 

7.  Goreng sebiji demi sebiji sehingga habis.

8.  Hidangkan roti arab anda dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah kacang.

Source:

https://rasa.my/roti-arab-segar-dari-oven-buat-homemade-aje

http://resepi-popular.blogspot.com/2014/11/resepi-roti-arab-goreng.html

http://resepilaukpaukkuihmuihmelayu.blogspot.com/2018/01/resepi-roti-arab-lembut-gebu.html

Tagged: