Jika ditanya rakyat Malaysia yang menyambut Aidifitri -bulan menyambut kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa ini tidak akan lengkap tanpa hidangan yang lazat dan menyelerakan, terutama sekali hidangan rendang.

Rendang yang dimasak boleh dinikmati bersama aneka jenis hidangan karbohidrat seperti nasi impit, ketupat, lemang dan pulut.

Ia juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis bahan utama seperti daging, ayam, itik dan burung puyuh. Malah, terdapat juga rendang yang dimasak menggunakan organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan limpa.

Pada kebiasaanya, rendang disediakan semasa musim perayaan Aidilfitri, Aidiladha dan di majlis-majlis keramaian seperti kenduri-kendara.

Sajian istimewa yang diramu dengan santan dan kerisik ini boleh dimasak mengikut cita rasa kegemaran, sama ada secara kering ataupun basah.

Resepi Rendang Daging

Bahan – Bahan:

  • 2 kg daging
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Sebesar 2 jari halia
  • Sebesar 2 jari kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas
  • 6 batang serai
  • Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 2 senduk
  • Santan kotak 500ml
  • Kerisik

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup.
  2. Kemudian, masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
  3. Seterusnya, masukkan daging. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan daging.
  4. Masukkan santan dan teruskan untuk kacau. Pastikan daging dimasak dengan api yang sederhana.
  5. Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
  6. Akhir sekali, masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa anda.
  7. Angkat hidangan dan sedia untuk dimakan.

Resepi Rendang Daging Masak Hitam Sarawak

Bahan A (perapan daging): –

  • 500 gram daging – hiris
  • 2 sudu besar kicap pekat karamel
  • 3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)

Bahan B (dikisar): –

  • 3 batang serai sedikit lengkuas
  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 15 tangkai lada kering
  • 1/3 cawan prune@kismis hitam

Bahan C (ditumis): –

  • Rempah tumis 4 sekawan – banyak ikut suka
  • 5 biji bawang merah – dimayang
  • 1-2 sudu besar rempah kurma
  • 2 sudu besar kerisik
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.
  4. Masukkan sedikit air asam dan kacau lagi.
  5. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau sebati. Kalau daging sukar empuk tambahkan sedikit air, tutup kuali dan reneh dengan api kecil. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  6. Masukkan kismis hitam@ prune yang telah dikisar ke dalamnya. Kacau lagi biar mesra.
  7. Masukkan kerisik dan gaul sebati. Rasakan masinnya. Masak hingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk.

Rendang Daging Tok Perak

Bahan A (perapan daging): –

  • Daging (1kg) – dipotong kiub 3×3 inci
  • 20 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 inci halia
  • 4 inci lengkuas
  • 1 ketul isi kunyit
  • 4 batang serai
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 2 susu makan jintan putih
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 5 biji buah keras

Bahan B:

  • 500 ml santan pekat
  • 5 sudu makan kerisik
  • 5 sudu makan gula merah / gula melaka
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air

Bahan C (ditumis):

  • Kulit kayu manis (2 keping)
  • Bunga lawang 4 kuntum)
  • Cengkih (8 kuntum)
  • Pelaga (8 biji)
  • Daun pandan (2 helai) – dipotong pendek pendek
  • Minyak (1 senduk) – untuk menumis

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan C sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan A iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan B.
  3. Gaul rata dan masak dengan api sederhana sehingga daging empuk dan rendang agak kering.
  4. Kacau dengan kerap untuk mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit.
  5. Boleh tutup api mengikut tahap kelembapan rendang yang digemari.

Diharap resepi aneka rendang daging ini akan memeriahkan lagi sambutan aidilfitri anda sekeluarga tahun ini. Maklumlah, masa rayalah kita boleh makan sakan sepuas-puasnya betul tak?

Selamat memasak!

SUMBER

https://saji.my

https://iluminasi.com/bm/resepi-rendang-tok-perak-paling-terliur.html

Summary
Resepi Rendang Daging, 3 Resepi Istimewa Untuk Hari Raya
Article Name
Resepi Rendang Daging, 3 Resepi Istimewa Untuk Hari Raya
Description
Resepi Rendang Daging: 3 Resepi Istimewa Untuk Hari Raya
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: