Resepi Puding Roti Bakar Yang Enak Lagi Menyelerakan
Jika anda mencari idea bagi menyediakan hidangan pencuci mulut, apa kata cuba resepi puding roti bakar ini? Enak, mudah serta tidak mengambil masa lama.

Jika anda mencari idea untuk mencuba resepi baharu bagi menyediakan hidangan pencuci mulut buat keluarga anda, apa kata cuba resepi puding roti bakar ini? Enak, mudah serta tidak mengambil masa yang lama. Ini adalah resepi yang tidak menggunakan kuah kastard, kerana itulah ia lebih cepat disediakan, tapi masih enak dimakan begitu sahaja.

Jom lihat cara penyediaannya yang diajar dalam blog ‘Azie Kitchen’ seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti Gardenia
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil ekstrak vanilla
  • 2 sudu besar mentega

Cara penyediannya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dahulu.
  2. Potong roti dalam bentuk kecil atau anda boleh mencariknya secara kasar begitu sahaja.
  3. Susun roti dengan kemas dalam loyang.
  4. Sapukan mentega pada roti, atau anda juga boleh mencairkan mentega dahulu sebelum dituangkan ke atas roti.
  5. Jika anda mahu, taburkan kismis atau coklat cip.
  6. Susun roti sekali lagi dan taburkan bahan seperti tadi.
  7. Dalam bekas lain, pukul telur dan campurkan dengan susu cair, gula perang, serbuk kayu manis dan ekstrak vanilla.
  8. Pukul hingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
  9. Tekankan roti menggunakan garfu agar semuanya terendam dalam adunan telur itu tadi.
  10. Bakar selama 45 minit atau sehingga ia masak.
  11. Keluarkan dan sejukkan buat seketika dan hidangan anda siap dihidangkan dalam pinggan!

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2014/09/puding-roti-mudah-dan-sedap.html

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Puding Roti Bakar Yang Enak Lagi Menyelerakan
Published On
Tagged: