Puding kastard

Puding kastard berkuah ini sedap dimakan sejuk jadi perlu disediakan awal-awal dan disimpan dalam peti sejuk sebelum dimakan. Yang pastinya, puding kastard berkuah sesuai sangat dihidangkan sebagai pencuci mulut. Hidangkan sejuk-sejuk, lagi nyaman.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan – bahan puding kastard:  

  • 1 cawan tepung kastard
  • 5 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara penyediaan puding kastard :

  1. Mula-mula, campurkan ke semua bahan di atas.
  2. Kemudian, masakdi atas api sehingga pekat dan berkilat.
  3. Sendukkan ke dalam acuan apabila sudah siap.
  4. Sejukkan puding.

Bahan – bahan kuah kastard :

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin fruit cocktail – ambil air gula sahaja
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur – ambil telur kuning sahaja
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit esen vanila
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara memasak kuah puding kastard :

  1. Mula-mula, sebatikan semua bahan kecuali telur kuning.
  2. Kemudian, masukkan daun pandan yang telahpun disimpulkan.
  3. Masak dan kacau sehingga nampak sedikit pekat.
  4. Ambil sedikit adunan dan campurkan bersama telur kuning. Sebatikan campuran tersebut.
  5. Curahkan ke dalam kuah kastard.
  6. Kacau sehingga kuah mesra dan siap untuk dihidangkan bersama puding yang disejukkan tadi.

TIPS:

  1. Kuah kastard boleh dimasak awal dan di simpan dalam peti sejuk.
  2. Kuah kastard juga boleh dimakan bersama puding raja, puding roti, kek dan lain-lain hidangan pencuci mulut.
  3. Hiaskan puding dengan fruit cocktail/ lychee/ longan.

Mudah sahaja. Selamat mencuba!

Source:

https://cookingwithdog.com/recipe/easy-custard-pudding/

puas/https://www.aziekitchen.com/2012/03/puding-buah-buahan-kastard.html

Tagged: