Resepi Pengat Pisang Yang Sihat Tetapi Masih Cukup Berlemak
Jika anda mempunyai baki pisang dan takut ia akan membusuk begitu sahaja, apa kata anda sediakan pengat pisang dan hidangkannya sebagai makan petang?

Jika anda mempunyai baki pisang yang tidak dimakan dan takut ia akan membusuk begitu sahaja, apa kata anda sediakan pengat pisang dan hidangkannya sebagai makan petang ataupun pemanis mulut selepas waktu makan malam?

Dengan keenakan rasanya yang pekat, satu mangkuk sahaja pasti tidak cukup. Kali ini, kami bawakan resepi pengat pisang versi lebih sihat dengan penggunaan bahan yang sedikit berbeza agar ia juga boleh dijamah oleh mereka yang sedang mengamalkan pemakanan sihat.

Jadi, jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • Pisang (boleh gunakan pisang tanduk atau pisang nangka jika anda sukakan rasa yang sedikit masam)
  • Stevia (pengganti gula)
  • 100ml susu segar
  • 1 sudu madu
  • Sedikit coklat gelap
  • Daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Hiris nipis pisang kemudian didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan sedikit stevia dan madu ke dalam periuk. Kacau dengan baik.
  3. Masukkan susu segar dan tunggu hingga ia mendidih.
  4. Kemudian, masukkan daun pandan yang disimpulkan.
  5. Masukkan pisang dan masak hingga pisang empuk, iaitu kira-kira 10-15 minit bergantung pada jenis pisang yang digunakan.
  6. Apabila pisang kelihat sudah masak, tutup api dan hidangan pengat pisang anda siap dihidangkan!

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.pinterest.com/pin/442126888421334083/

SUMBER

https://www.facebook.com/DsssEcGMdiet/photos/pengat-pisang-ec100ml-fresh-milk-1-st-madu-sedikit-dark-coklat-masak-dengan-api-/2803028419745395/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Pengat Pisang Yang Sihat Tetapi Masih Cukup Berlemak
Published On
Tagged: