pajeri terung

Pajeri terung merupakan suatu hidangan makanan tengah hari yang berkonsepkan masakan kampung. Di zaman modenisasi ini, sudah kian sukar untuk masyarakat terutamanya yang tinggal di kota untuk mencari gerai atau restoran yang menjual lauk ini.

Resipi ini mempunyai sesuatu rahsia yang tidak ada pada resipi pajeri lain. Bahan-bahan dan teknik memasak sama sahaja, namun dengan hanya satu kelainan pajeri terung anda akan menjadi lebih enak.

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:

  • Terung
  • 2 sudu besar rempah daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 sudu besar gula merah
  • Garam
  • Sesuku cawan santan
  • Sedikit air

Bahan tumis:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga

Bahan blend:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar udang kering

Cara-cara:

  1. Tumis bahan-bahan tumis
  2. Masukkan bahan blend, kacau sehingga garing
  3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging, kacau sehingga pecah minyak
  4. Masukkan 2 sudu besar kerisik
  5. 4 sudu besar gula merah
  6. Garam dan sedikit air, kacau sehingga pecah minyak. Letakkan api pada tahap minimum.
  7. Masukkan terung panjang, kacau dan biar sebati dengan rempah.
  8. Masukkan santan dengan anggaran sesuku cawan atau ikut kepekatan yang disukai. Biar sehingga terung lembut.

Imej via Facebook

Mudah bukan? Ia sangat enak dimakan dengan nasi-panas dan dimakan pula bersama dengah ahli keluarga yang tercinta.Selamat mencuba di rumah ya!

Sumber:

  1. https://www.rasa.my/pajeri-terung-belah-empat-rahsia-arwah-emak/
  2. https://bidadari.my
Tagged: