Kuih berbentuk bulat atau lebih dikenali sebagai Buah Melaka khabarnya berasal dari China. Sumber menjelaskan bahawa ia dicipta semasa pemerintahan Dinasti Zhou sekitar tahun 1045 – 256 SM.

Awalnya, onde-onde sengaja dibuat untuk disajikan kepada para tukang kayu dan tukang batu yang kala itu sedang membangun istana kekaisaran.

Bagi masyarakat China, onde-onde memiliki erti yang special, iaitu melambangkan keselamatan dan kebersamaan. Uniknya lagi, makanan ini dikenali oleh masyarakat China dengan nama yang berbeza-beza.

Seperti pada masa kekaisaran Dinasti Tang, seorang sastrawan bernama Wang Fanzhi yang menuliskan onde-onde sebagai makanan istimewa di Istana kekaisaran Chang’an.

Onde-onde

Bahan-Bahan: –

  • 4 sudu besar tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan – kisar dengan air dan ambil jus secukupnya
  • Gula melaka – potong kecil
  • 1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja
  • Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut
  • Sedikit air kapur

Cara-Cara: –

  1. Tepung pulut dan tepung beras dibancuh bersama dengan daun pandan dan sedikit air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekit di tangan.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperken. Kemudian masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil supaya gula melaka tersebut cair semasa di rebus.
  3. Bentukkan adunan dengan kedua-dua tapak tangan sehingga berbentuk bulat dan tidak berlubang.
  4. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Anda juga boleh memasukkan daun pandan ke dalam air rebusan supaya ianya wangi.
  5. Setelah mendidih, masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di atas permukaan air kerana ia menandakan onde-onde telah masak.
  6. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.

Onde-Onde Milo

Bahan-Bahan: –

  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar Milo
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/3 cawan air (tak guna semua)
  • 1/2 paket kecil Milo Nuggets
  • 1/3 cawan Nestum

Cara-Cara: –

  1. Masukkan semua tepung dan Milo ke dalam mangkuk kemudian kacau sehingga rata. Tambah susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau. Uli dan tambah air sedikit demi sedikit sambil diuli.
  2. Uli sehingga menjadi doh yang sesuai iaitu tidak terlalu lembik dan tidak melekit. Cubit sikit adunan, bulatkan dan leperkan doh kemudian masukkan satu ketul Milo Nuggets dan bulatkan semula sehingga menjadi bebola.
  3. Didihkan air. Setelah mendidih, masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di atas permukaan air kerana ia menandakan onde-onde telah masak.
  4. Golekkan dalam Nestum hingga sekata dan onde-onde telah sedia untuk dimakan.

Onde-onde Keledek

Bahan-Bahan: –

  • 2 biji keledek oren saiz tapak tangan
  • 200 g tepung pulut
  • 1/2 biji gula melaka
  • 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
  • Air bertapis (untuk merebus)

Cara-Cara: –

  1. Pertama sekali, rebuskan keledek dengan air bertapis sehingga lembut (lebih kurang 15 minit). Sementara itu, potong gula melaka menjadi kiub-kiub kecil.
  2. Setelah keledek lembut, angkat keledek dan toskan. (Tips: Boleh gunakan garfu dan cucuk keledek untuk mengetahui keledek sudah lembut atau belum). Kemudian, lenyekkan keledek di dalam bekas yang sesuai.
  3. Masukkan tepung pulut, dan gaulkan dengan tangan sehingga doh tidak melekat pada tangan. Jika masih melekit, tambahkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekit dan mudah dibentuk.
  4. Untuk membuat kuih, cubit sedikit doh dan bentukkan bulat di tapak tangan. Tekan sedikit di bahagian tengah doh, dan masukkan 1 kiub kecil gula melaka. Tutupkan doh kecil dengan kaedah “mencubit” dan buatkan bentuk bulat.
  5. Didihkan air. Setelah mendidih, masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di atas permukaan air kerana ia menandakan onde-onde telah masak.
  6. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.

Onde-Onde Bunga Telang

Bahan-Bahan: –

  • 1 Packet tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air rebusan bunga telang + setitis pewarna biru
  • Garam secukup rasa
  • Air untuk bancuhan tepung
  • Kelapa parut

Cara-Cara: –

  1. Satu kan semua bahan iaitu tepung pulut, tepung gandum, air rebusan bunga telang dan setitis pewarna biru, garam, dan air bancuhan tepung kemudian gaulkan sehingga menjadi seperti doh.
  2. Untuk membuat kuih, cubit sedikit doh dan bentukkan bulat di tapak tangan. Tekan sedikit di bahagian tengah doh, dan masukkan 1 kiub kecil gula melaka. Tutupkan doh kecil dengan kaedah “mencubit” dan buatkan bentuk bulat.
  3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Anda juga boleh memasukkan daun pandan ke dalam air rebusan supaya ianya wangi.
  4. Setelah mendidih, masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di atas permukaan air kerana ia menandakan onde-onde telah masak.
  5. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2011/10/kuih-onde-onde.html

https://cookpad.com/my/search/onde%20onde

https://food.detik.com/info-kuliner/d-5122301/5-fakta-onde-onde-berasal-dari-china-hingga-jadi-jajanan-kekinian

Summary
Resepi Onde-Onde Yang Mudah dan Sedap
Article Name
Resepi Onde-Onde Yang Mudah dan Sedap
Description
Kuih berbentuk bulat ini ini berasal dari China, tepatnya dibuat pada masa Dinasti Zhou sekitar tahun 1045 - 256 SM. Awalnya, onde-onde sengaja dibuat untuk disajikan kepada para tukang kayu dan tukang batu yang kala itu sedang membangun istana kekaisaran.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: