Resepi oden

Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun. Resepi oden ini terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup pedas. Kiranya oden lebih kurang seperti yong tau fu tetapi ia lebih berkuah.

Hidangan oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di kedai serbaneka FamilyMart sehinggakan ramai yang sanggup untuk beratur panjang demi menikmati semangkuk oden. Bagi yang ingin mencuba oden tetapi tak ingin beratur panjang, bolehlah cuba resepi oden homemade ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 paket kecil perencah pes asam pedas
  • 4 sudu besar perencah tomyam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • Bahan-bahan isi oden – fish tofu, seafood tofu lain-lain

Cara-cara penyediaan :

  1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan masukkan air.
  2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jika perlu lebih pes atau kurang, bolehlah diubah suai mengikut citarasa anda sendiri.
  3. Tambah sedikit serbuk perasa jika perlu.
  4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
  5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi sehingga masuk.
  6. Sedia untuk dinikmati.

TIPS:
– Jika anda ingin kuah oden yang lebih cair dan tidak terlalu pedas, gunakan 1 paket perencah asam pedas.
– Elakkan meletak garam kerana perencah sudah memberikan rasa masin.
– Sebelum letak serbuk perasa, rasa dahulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.


Mari cuba resepi oden viral ini, memang sedap! Sekali seumur hidup wajib cuba, tapi kalau dah sekali cuba pasti nak lagi!

Source:
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-yang-mudah-sedap-secara-homemade/
https://dailymakan.com/resepi-kuah-oden-viral-paling-sedap/19128/

Tagged: