Resepi Nasi Ulam Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba!
Nasi ulam secara asasnya adalah nasi yang digaul bersama ulam-ulaman tertentu. Ia sangatlah popular terutama bagi penggemar ulam, jadi apa kata kita cuba sediakannya pula kali ini?

Nasi ulam secara asasnya adalah nasi yang digaul bersama ulam-ulaman tertentu. Ia sangatlah popular terutama bagi penggemar ulam, jadi apa kata kita cuba sediakannya pula kali ini?

Bahan-bahan A (ulam-ulaman):

  • Daun pegaga
  • Daun gajus
  • Daun mengkudu
  • Daun kaduk
  • Kacang panjang
  • Daun cemumar
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Timun
  • Cili merah

Bahan-bahan B (ditumbuk):

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 batang serai

Bahan-bahan lain:

  • 1 mangkuk kecil kerisik
  • 6 ekor ikan kembung (dibakar)
  • Sedikit garam bukit
  • Sedikit gula perang

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan terbit minyak.
  2. Masukkan garam bukit dan gula perang, kacau seketika kemudian tutup api dan sejukkan.
  3. Goreng kepala parut tanpa minyak sehingga keperangan untuk dijadikan kerisik. Angkat dan tumbuk kasar sahaja. Anda juga boleh gunakan kerisik yang dijual di pasaraya untuk memudahkan proses.
  4. Lumur ikan dengan garam dan kunyit dan bakar seketika.
  5. Angkat dan siat kasar untuk asingkan isi ikan kemudian ketepikan.
  6. Hiris halus semua bahan ulaman dan kepetikan.
  7. Setelah semua bahan siap, campur semua bahan yang disediakan.
  8. Masukkan bahan tumis yang telah disejukkan ke dalam mangkuk besar.
  9. Kemudian, masukkan isi ikan dan kerisik.
  10. Masukkan pula ulaman dan sayuran iaitu bunga kantan dan serai yang dihiris nipis.
  11. Masukkan timun dan cili merah juga bersama ulam-ulaman lain.
  12. Masukkan pula nasi putih dan tambah ikan bilis goreng jika anda mahu.
  13. Gaul rata dan perasakan mengikut cita rasa anda.
  14. Apabila anda ingin menghidangkannya, anda boleh hias dengan hirisan timun, bawang goreng serta cili merah lebihan sebagai hiasan terakhir.

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.kuali.com/recipe/nasi-ulam-utara/

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2019/01/nasi-ulam-nyonya-aka-nyonya-herbs-rice.html

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Nasi Ulam Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba!
Published On
Tagged: