Resepi Nasi Tomato

Resepi Nasi Tomato sering dilihat sukar, namun ianya boleh disajikan sendiri dengan cara mudah.

Seperti yang kita semua tahu, Nasi Tomato adalah salah satu masakan Malaysia yang sedap dan sangat popular.

Ia biasanya disajikan dengan Ayam Masak Merah, hidangan ayam pedas ringan yang direbus dalam sos dengan tomato. Gabungannya sangat beraroma dan sering disajikan di majlis perkahwinan.

Bahan-Bahan: –

Nasi Tomato

  • Beras Basmathi atau beras biasa (5 cawan)
  • Air (5 cawan)
  • Bunga lawang (4 atau 5 kuntum)
  • Kulit kayu manis (2 batang)
  • Bunga cengkih (10 kuntum)
  • Buah pelaga (4 atau 5 biji)
  • Minyak zaitun atau minyak masak (Suku cawan)
  • Minyak sapi atau mentega (2 sudu besar penuh)
  • Susu cair (Setengah cawan)
  • Gula (1 sudu besar) 
  • Garam (setengah sudu besar)
  • Daun pandan diikat simpul (3 atau 4 helai)
  • Tomato puri (3 sudu besar)
  • Kismis untuk hiasan
  • Bawang besar dikisar halus (2 biji)
  • Bawang putih dikisar halus (8 ulas)
  • Halia sebesar ibu jari dikisar halus (2 ketul)

Ayam Masak Merah

  • Ayam di potong kecil (1 ekor)
  • Bawang besar dikisar halus (3 biji)
  • Bawang putih dikisar halus (4-5 ulas)
  • Halia dikisar halus (1 1/2 inci)
  • Cili kisar (3-4 senduk)
  • Sos cili (5 sudu besar)
  • Tomato (2 biji)
  • Serai diketuk (2 batang)
  • Kayu manis (1 batang)
  • Bunga lawang (3 kuntum)
  • Buah pelaga (5 biji)
  • Garam dan gula (secukupnya)

Acar Timun

  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Timun
  • Cili Gula dan Cuka (secukupnya)

Langkah-Langkah Penyediaan

Nasi Tomato

  1. Rendam beras selama 15-20 minit jika beras biasa dan 30 minit jika beras basmathi.
  2. Cairkan minyak masak dengan api sederhana.
  3. Tumis kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang.
  4. Tambahkan bahan yan telah dihiris, kacau tumisan hingga keluar bau wangi.
  5. Kecilkan api, masukkan beras dan gaul rata hingga 2 minit.
  6. Masukkan air, susu cair, daun pandan, tomato puri, garam dan gula.
  7. Pindahkan ke rice cooker, masak seperti biasa.

Ayam Masak Merah

  1. Gaul ayam dengan garam, kunyit dan goreng hingga tidak terlalu garing. Angkat dari kuali.
  2. Tumis rempah kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan serai dan bahan-bahan yang telah dikisar halus, sambung tumis hingga garing.
  3. Tambahkan lagi cili kisar, sambung tumis hingga garing.
  4. Tambah perasa sos cili, tomato dan gula. Biar beberapa minit dan kacau sesekali.
  5. Tambah garam, kemudian tambahkan ayam goreng tadi dan gaul sebati.

Acar Timun

  1. Hiris memanjang semua bahan mengikut cita rasa sendiri.
  2. Tambahkan perasa seperti gula, cuka dan air mengikut suka anda

Tahniah! Nasi Tomato anda sudah siap untul dihidangkan. Di bawah adalah contoh Nasi Tomato yang telah siap dimasak.

Diharap Resepi Nasi Tomato ini berguna untuk anda. Jangan lupa cuba ya!

SUMBER

https://www.venturists.net/nasi-tomato

Summary
Resepi Nasi Tomato Sedap Yang Perlu Anda Cuba!
Article Name
Resepi Nasi Tomato Sedap Yang Perlu Anda Cuba!
Description
Resepi Nasi Tomato sering dilihat sukar, namun ianya boleh disajikan sendiri dengan cara mudah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: