Now Reading
Resepi Nasi Serai: Sedap & Membantu Membuang Angin

Resepi Nasi Serai: Sedap & Membantu Membuang Angin

resepi nasi serai

Nasi beringin atau yang juga dikenali sebagai nasi serai adalah suatu juadah yang mudah untuk disediakan. Hal ini kerana, kebanyakan orang pasti sudah mempunyai bahan-bahannya di dapur. Jom belajar resepi nasi serai yang enak dan mudah untuk dipelajari.

Beras basmathi digunakan dalam menghasilkan hidangan ini. Jika ingin lebih menyenangkan, anda juga boleh gunakan beras biasa ataupun beras siam. Cantik dan nasinya juga tidak patah.

Kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah bahan asli tanpa pewarna atau bahan lain. Aroma yang terdapat pada serai dan daun pandan dapat membuka selera kita semua ketika dalam proses memasak.

Jika meletakkan jintan, ketika menumis jintan tersebut, ianya akan kelihatan berbiji-biji dalam nasi. Akan tetapi, jintan yang garing ini sebenarnya terasa sangat sedap apabila kita tergigit.

Apabila memasak resepi nasi serai ini, ia pasti berbau harum satu rumah. Ia boleh dimakan dengan daging atau ayam masak Palembang, ayam masak merah, kari ayam, daging atau kambing serta rendang ayam atau daging.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 batang serai dititik
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 camca kecil garam
  • 3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.

Kaedah Penyediaan:

  • Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  • Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  • Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
  • Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
  • Masukkan daun pandan yang di simpul.
  • Masak dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.

Sekarang kita belajar cara memasak lauk pertama yang akan dimakan bersama nasi serai iaitu ayam masak Palembang.

Resepi Lauk 1: Ayam Masak Palembang.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong)
  • 1 sudu kecil garam (untuk goreng ayam)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 cawan minyak (untuk menggoreng)
  • 15 biji bawang merah kecil
  • 7-8 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Lengkuas 4-5 inci
  • 2 batang kayu manis
  • 4-5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 senduk besar serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk besar serbuk jintan manis
  • 1/2 senduk besar serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 1/2 kotak santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 150 gram kerisik
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar gula merah
  • 1 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan kicap pekat

Kaedah Penyediaan:

  • Ayam dibasuh, ditos airnya. Kemudian digaul bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak gorengan ayam,tumiskan daun kari,biji pelaga, kayu manis, bunga lawang dan serai. Masukkan bawang putih,bawang merah,lengkuas,halia dan cili yang telah dikisar halus.Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan pula serbuk ketumbar,jintan putih dan jintan manis.
  • Masukkan gula merah dan garam. Gaul rata. Kemudian tuangkan santan dan air. Gaul rata lagi.
  • Tuangkan kicap manis dan kicap pekat. Gaul sebati dan biarkan mendidih.Kemudian masukkan kerisik.Gaul lagi. Akhir sekali masukkan ayam. Masak sehingga ayam sebati dengan kuah.
  • Sedia dihidang bersama ketupat atau nasi putih.

Resepi Lauk 2: Rendang Daging

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging 
  • 3 cawan cili kisar – guna 6 sudu besar
  • 1 kg santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik – guna 1 1/2 pek
  • 2-4 helai daun kunyit- carik
  • Garam, asam jawa dan gula

Bahan A:

  • 8 ulas bawang merah – tambah 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan B:

  • 2 inci lengkuas muda
  • 7 batang serai – hiris
  • 2 sudu besar ketumbar (rata)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih

Kaedah Penyediaan:

  • Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.
  • Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. 
  • Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.
  • Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.
  • Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Resepi Lauk 3: Kari Ayam

Bahan bahan:

  • 12 ketul ayam
  • 2 biji kentang – potong 4
  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar – hiris
  • 6 ulas bawang putih – hiris
  • 3 inci halia – hiris
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan kotak
  • Air secukupnya
  • 10 sudu besar rempah kari Babas – extra chilis
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • Gula
  • Garam secukupnya

Kaedah Penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis rempah tumisan bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuning-kuningan.
  • Kemudian, masukkan rempah kari dan kacau sebentar sebelum masukkan air kedalamnya agar rempah berlarut dan cair. Sambung sahaja masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus mengacaunya sehingga rempah sedikit garing dan kelihatan minyaknya. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  • Selepas itu, masukkan pula ayam dan masak ayam itu sehingga kecut. Seterusnya, tambah sedikit lagi air dan biarkan ianya mendidih.
  • Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam keping, garam dan gula. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambahkan sahaja air panas dan kacau lagi.

Wah, enak bukan kesemua resepi diatas? Jom lah cuba masak ketiga-tiga lauk yang boleh dimakan bersama resepi nasi serai. Pasti enak sehingga menjilat jari. Selamat mencuba semua!

Sumber:

1) https://archive.sinarharian.com.my/cmlink/rasa/resipi-pilihan/nasi/nasi-serai-semerbak-wangi-satu-rumah-menggoda-selera-1.720073

See Also

2) https://cookpad.com/my/recipes/11090891-ayam-masak-palembang

3) https://iluminasi.com/bm/resepi-nasi-beringin-palng-senang-dan-berbau-wangi.html

4) https://www.aziekitchen.com/2015/06/rendang-daging-sedap-giler.html

5) https://www.aziekitchen.com/2014/05/kari-ayam-sedap.html

error: Content is protected !!