Resepi Nasi Goreng Kampung Sihat
Nasi Goreng Kampung adalah salah satu variasi nasi goreng yang wujud di negara Malaysia dan Singapura.

Nasi goreng merupakan juadah yang sinonim bagi masyarakat Malaysia. Menurut sejarah, ia dicipta untuk mengelakkan pembuangan sampah dan pembaziran dalam era sebelum kewujudan peti sejuk. Ia biasanya disajikan sebagai hidangan sarapan di rumah dan lazimnya dimasak menggunakan nasi lebihan semalam daripada makan malam pada malam sebelumnya. Terdapat pelbagai variasi nasi goreng yang biasanya menggunakan bahan-bahan asas seperti bawang merah, bawang putih, kacang hijau, sayur kangkung, cili burung, sambal belacan, pes cili, kicap manis, tomato, sos tomato dan telur serta daging seperti udang, ayam atau daging lembu.

Satu lagi variasi nasi goreng lain yang dihidangkan bersama telur goreng, dipanggil nasi goreng special, secara harfiah ia bermaksud nasi goreng khas (kerana mempunyai lauk tambahan iaitu telur goreng).

Nasi goreng merupakan makanan terkenal di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ia berbeza daripada nasi goreng Asia yang lain yang mengandungi banyak kicap manis, dan ia lebih pedas berbanding nasi goreng Cina. Nasi Goreng Kampung adalah salah satu variasi nasi goreng yang wujud di negara Malaysia dan Singapura. Bahan utama yang membezakannya dengan jenis nasi goreng lain adalah penggunaan ikan bilis dan kangkung. Seperti namanya, ia berasal daripada kampung-kampung nelayan Melayu.

Beberapa resepi nasi goreng telah menghiasi gerai-gerai makan sebagai makanan jalanan (Street food) dan hampir boleh didapati di semua restoran di Asia. Pada hari ini, Nasi Goreng dihidang dan disukai oleh masyarakat di serata dunia. Bagi resipi Nasi Goreng Kampung bebas gluten ini, anda memerlukan bawang merah, bawang putih, kubis, beras basmati stim, ayam dan ikan bilis kering dan diperasakan dengan kicap manis serta sos cili manis. Selain itu, resipi bebas gluten ini juga tidak menggunakan bahan tenusu dan kekacang.

Ikan bilis kering apabila dimasak berasa sangat lazat dan ia juga berkhasiat kerana ia mengandungi jumlah protein yang tinggi dan lemak yang sihat. Proses pengeringan ikan bilis telah bermula sejak zaman prasejarah lagi dengan cara mengawet nutrien yang terkandung dalam ikan bilis melalui pengeringan. Jangan sesekali memandang rendah ke atas ikan bilis, walaupun kecil, ia boleh menjadi sumber nutrisi ataupun snek yang sihat.

Malah, bagi menyediakan hidangan lebih sihat, anda boleh menggoreng ikan bilis tersebut menggunakan air fryer atau membakarnya di dalam ketuhar.

Jom kita cuba resipi di bawah sekarang!

Bahan-Bahan:

  • 8 sudu besar minyak bran beras
  • 1kg dada ayam tanpa kulit dan tulang, dihiris nipis.
  • 200g ikan bilis kering
  • 1 biji kubis, dihiris nipis
  • 6 helai daun bawang dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji bawang merah dicincang
  • 4 cawan beras basmati
  • 4 sudu besar kicap pekat (kicap manis)
  • 3 sudu sos cili manis

Bahan Perapan:

  • 1 sudu kecil kicap cair bebas gluen
  • 2 sudu teh tepung jagung bebas gluten
  • 1 sudu teh lada putih

Bahan Telur Dadar:

  • Minyak bran beras
  • 6 biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh lada putih

Bahan Ikan Bilis:

  • Minyak bran beras

Cara penyediaan:

Cara Menyediakan Nasi:

  1. Basuh beras basmati dan tanak dalam periuk nasi elektrik. Nasi haruslah bertekstur ringan dan gebu. Biarkannya kekal panas dalam periuk nasi
  2. Perapkan ayam dengan bahan perapan dan ketepikan.

Cara Menyediakan Telur Dadar:

  1. Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
  2. Tambahkan garam dan lada putih. Pukul telur dengan menggunakan garfu.
  3. Panaskan minyak bran beras dalam kuali pada api sederhana ke tinggi.
  4. Tuangkan campuran telur ke dalam kuali dan kurangkan suhu api.
  5. Gerakkan sudip untuk meratakan telur dan masak selama kira-kira 2-3 minit atau sehingga bahagian bawah telur menjadi sedikit coklat.
  6. Setelah masak, angkat telur dadar yang telah siap dan letakkan di atas pinggan.

Cara Menyediakan Nasi Goreng Kampung Sihat:

  1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana hingga tinggi.
  2. Goreng ikan bilis kering selama 10 minit atau sehingga berwarna coklat keemasan dan garing.
  3. Keluarkan ikan bilis dan buang lebihan minyak dalam kuali
  4. Tuang dan panaskan minyak kembali dan goreng ayam dalam kuali selama dua minit dalam suhu sederhana atau sehingga kepingan ayam masak sepenuhnya.
  5. Angkat ayam dan letakkan dalam mangkuk.
  6. Lap kuali menggunakan tuala kertas.
  7. Panaskan 5 sudu minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih dalam suhu rendah sehingga bawang putih bertukar warna keemasan dan bawang merah garing. Kemudian, tambahkan kubis dan tumis selama 1 minit.
  8. Kurangkan suhu api dan masukkan beras basmati yang ditanak, telur dadar dan kicap pekat (manis) bebas gluten serta sos cili manis ke dalam kuali.
  9. Kacau sehingga telur terbahagi dalam bentuk-bentuk kecil dan bahan-bahan lain telah sebati dengan sempurna.
  10. Hidangkan Nasi Goreng Kampung Sihat anda.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Nasi Goreng Kampung Sihat
Published On
Tagged: