nasi goreng cina

Resepi Nasi Goreng Cina, sejenis nasi goreng yang sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak atau untuk orang yang tidak suka dengan makanan pedas. Untuk resepi ini gunakan kiub ayam, minyak bijan dan lada sulah sebagai penambah rasa kerana nasi goreng cina ni memang tidak banyak bahannya dan warnanya juga harus bebas warna merah dari cili atau kicap. Warna menarik nasi goreng ini datang dari sayuran campur yang pelbagai warna. Oleh kerana tak gunakan sayur campur, ia gantikan dengan sayur kacang panjang dan karot. Seelok-eloknya anda gunakan sayur campur jika ada. 

Minyak pula jangan terlalu sedikit kerana nanti nasi goreng akan melekat bila dimasak (atau tidak peroi) dan ini juga kerana telur menyerap minyak yang banyak bila digoreng. Rasa nasi goreng juga akan jadi tidak sedap dan kurang menarik jika nasi berketul. Jadi, pandai-pandailah anda mengagak minyak masa masak nanti.

Kalau anda suka pedas, boleh hidangkan bersama sambal belacan.

Bahan-Bahan:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 2 biji telur
  • isi ayam, hiris nipis
  • isi udang
  • sayur campur (karot, kacang pis, isi jagung)
  • lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan tumbuk kasar (nak hiris nipis pun boleh):
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Bahan untuk hiasan:
    • bawang goreng
    • hirisan daun bawang
    • hirisan cili
    • timun
    • sambal belacan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk kasar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau sampai agak masak dan masukkan pula isi udang.
  3. Kais sedikit bahan-bahan tumis tadi ke tepi kuali dan masukkan telur. Kacau telur sedikit supaya menjadi seperti scramble egg, tak perlu terlalu halus. Biar telur berketul-ketul.
  4. Masukkan pula kiub ayam yang dihancurkan, lada sulah dan juga sayuran campur.
  5. Masukkan nasi putih dan minyak bijan kemudian kacau sehingga nasi menjadi sebati dan sedikit garing.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Hati-hati masukkan garam kerana kiub ayam sudah masin rasanya. Angkat dan hidang bersama bahan hiasan.

Tips:

  • Jangan gunakan nasi yang baru masak untuk nasik goreng kerana ia akan melekat semasa digoreng. Nasi yang paling sesuai ialah nasi sejuk. Kalau tak ada nasi sejuk, pastikan nasi yang di masak itu disejukkan betul-betul barulah boleh digunakan untuk masak nasi goreng.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan. Menggunakan yang lain, pegang alu. Dengan menekan alu ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain untuk kerja spell. Ini adalah alat yang hebat untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

Zebra Chef Knife (6’/7’/8′)

RM54.90

Pemegang yang selesa memastikan cengkaman yang selamat. Tahan lama; Boleh dipercayai dan sangat serba boleh. Pisau ini sesuai untuk memotong daging, herba, kekacang dan memotong sendi daging yang tak terlalu keras.  Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai untuk digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Nasi Goreng Cina Simple
Author Name
Published On
Tagged: