Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra untuk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di rumah. Siapa yang minta sangat resepi untuk orang bujang tu, jom tengok cara masak nasi goreng ini. Kalau makan dengan teh o atau kopi o memang layan.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 6-8 biji cili padi
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • sedikit minyak
    • 1 mangkuk ikan bilis
    • sayur lobak merah
    • 2 biji telur
    • 3-4 cawan nasi
    • 1/4 – 1/2 sudu kecil lada sulah
    • garam, secukup rasa
    • serbuk perasa sedap, optional
    • **telur goreng, untuk dihidang

Cara Penyediaan:

  1. Potong kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. Kacang panjang bersihkan dan hiris kasar.
  4. Potong dadu carrot.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing kemudian angkat.
  6. Dengan minyak yang sama tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  7. Bila dah garing masukkan carrot.
  8. Pecah masuk telur dalam kuali (biar telur masak sikit baru kacau).
  9. Masukkan nasi.
  10. Kacau sampai semua bahan sekata.
  11. Masukkan kacang panjang, lada sulah, garam dan serbuk penambah rasa.
  12. Masukkan ikan bilis goreng tadi.
  13. Teruskkan kacau sampai nasi tak berketul dan garing.
  14. Tambah telur goreng atas hidangan ini.

Tips:

  • Nasi sejuk semalaman/ nasi yang baru masak tapi kurangkan air sikit.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

Zebra Chef Knife (6’/7’/8′)

RM54.90

Pemegang yang selesa memastikan cengkaman yang selamat. Tahan lama; Boleh dipercayai dan sangat serba boleh.Rekabentuk lengkungan lebar pisau ini sangat sesuai digunakan kerana ia dicipta untuk melakukan potongan-potongan asas ketika memasak. Pisau tajam ini boleh memotong apa sahaja barangan masakan dengan tepat dan sempurna.

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Nasi Goreng Cili Padi Pedas
Published On