resepi nasi beriani

Pada perkongsian kali ini, kami akan kongsikan resepi nasi beriani. Nasi beriani mempunyai bau yang wangi, ditambah pula dengan daging beriani special dan kuah yang power. Pendek kata, tiada orang yang akan menolak nasi beriani kan?

Sesekali teringin nak buat nasi beriani di rumah sendiri. Kalau masak nasi beriani di rumah ni, kita boleh buat ikut selera tekak kita. Mana bahagian yang suka kita lebihkan, yang tak berapa suka tu boleh dikurangkan atau tak payah letak langsung.

Nasi beriani juga sedap dimakan bersama daging beriani.

Apapun, kena juga tahu cara asasnya supaya rasa tu tak lari jauh sangat dengan yang dijual di kedai ataupun restoran. Jom kita tengok resepi nasi beriani yang mudah lagi menyedapkan. Selmat mencuba resepi nasi beriani ini!

NASI BERIANI

Resepi Nasi Briyani Pakistan

Bahan-bahan nasi beriani:

  • 4 cawan beras basmathi (yang dicuci bersih, direndam selama 30 minit & ditoskan)
  • 2 sudu besar rempah beriani (yang perlu dijadikan pes iaitu ditambah sedikit air dan gaulkan sebati)
  • 1 kiub pati ayam
  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • Garam
  • Pewarna kuning & oren.

Bahan-bahan nasi beriani – ditumis:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan (iaitu kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 inci halia yang dimayang
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara penyediaan nasi beriani:

  1. Mula-mula panaskan kuali dan cairkan minyak sapi di dalam kuali panas.
  2. Apabila minyak sapi telah cair, masukkan bawang besar, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan lalu tumiskan hingga harum. 
  3. Kemudian, masukkan pes rempah beriani dan kiub pati ayam dan gaul hingga rata.   
  4. Masukkan beras yang dicuci bersih tadi dan kacaukan secara perlahan dalam anggaran masa selama 2 minit untuk segaulkannya.
  5. Masukkan air bersama susu cair dan kacaukan ia supaya rata dan masak seperti nasi biasa di dalam periuk nasi elektrik.
  6. Bila nasi telah mulai masak, lubangkan nasi dan titiskan pewarna oren & kuning berselang seli.
  7. Biar 10 minit & gemburkan secara perlahan. Jika suka, boleh ditaburkan gajus, kismis, daun sup/daun bawang, daun pudina serta bawang goreng dan ditaburkan di atas nasi.

DAGING BERIANI

Rendang Briyani Daging – Chef@home

Bahan-bahan daging beriani :

Bahan-bahan perapan – kisar halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau

Bahan-bahan tumis:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan (iaitu kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga)
  • 1 labu bawang besar

Bahan-bahan lain :

  • 2 sudu besar rempah beriani dibancuh dengan sedikit air (dijadikan pes)
  • 1 biji buah tomato yang dipotong dadu
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2 sudu besar serbuk badam
  • 1/2 cawan susu cair 
  • Air secukupnya 
  • 3 helai daun pudina atau daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan :

1. Perapkan daging yang telah direbus separuh empuk dengan bahan perapan selama 1 jam atau semalaman di peti sejuk untuk rasa yang lebih mendalam.

2. Mula-mula, panaskan kuali masak untuk cairkan minyak sapi.

3. Bila panas, tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau dan harum.

4. Kemudian, masukkan rempah beriani dan buah tomato yang dipotong dadu itu lalu masak hingga kelihatan pecah minyak.

5. Masukkan perapan daging dan sedikit air lalu masak sehingga daging menjadi lebih empuk.

5. Masukkan bawang goreng, daun pudina, gula serta garam mengikut cukup rasa individu dan kacaukan supaya ia sebati. 

6. Akhir sekali, masukkan serbuk badam dan susu cair dan masakkan sehingga kuah menjadi pekat lalu matikan api untuk hidangkan bersama nasi beriani yang siap dimasak.

Mudah sangat kan nak buat nasi beriani sendiri di rumah? Jom cuba resepi nasi beriani dan lakukannya sendiri di rumah!

Source:

https://jendeladapursurianti.blogspot.com/2018/04/nasi-beriani-dan-daging-beriani-sedap.html

Summary
Resepi Nasi Beriani Viral Yang Harus Dicuba
Article Name
Resepi Nasi Beriani Viral Yang Harus Dicuba
Description
Pada perkongsian kali ini, kami akan kongsikan resepi nasi beriani. Nasi beriani mempunyai bau yang wangi, ditambah pula dengan daging beriani special dan kuah yang power. Pendek kata, tiada orang yang akan menolak nasi beriani kan?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: