nasi arab bukhari
Tahukah anda terdapat beberapa jenis nasi Arab yang berbeza? Kali ini, kami bawakan kepada anda resepi Nasi Arab Bukhari yang sedap.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis nasi Arab yang berbeza? Terdapat Nasi Mandi (Yemen), Nasi Kabsah (Teluk Arab), Nasi Maklubah (Jordan), Nasi Bukhari (Uzbekistan) dan Nasi Beriani (Iran).

Setiap satunya mempunyai rasa dan menggunakan bahan-bahan tersendiri. Jika selama ini kita berfikir bahawa semua nasi Arab itu sama sahaja, mungkin sekarang anda sudah boleh membezakannya.

Kali ini, kami bawakan kepada anda resepi Nasi Arab Bukhari yang sedap.

Jom ketahui cara penyediaannya sekarang!

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 750g beras basmathi (cuci dan toskan airnya)
  • 750g air untuk nasi
  • 250g susu segar (jenis rendah lemak)
  • 250 air untuk ayam
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3cm halia (dihiris halus)
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 batang lobak merah (dicincang)
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 tangkai daun pudina
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Sedikit mentega
  • Sedikit stok ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan rempah:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Bahan rempah serbuk:

  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk puah pala
  • 1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pelaga
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dan sedikit mentega dalam kuali dengan suhu sederhana.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan semua rempah serbuk, hirisan lobak merah dan tomato puri.
  4. Kacau seketika dan masukkan ayam serta 250ml air.
  5. Masukkan daun pudina, daun ketumbar, garam dan stok ayam.
  6. Masak hingga kuah menjadi pekat dan kering kemudian tutup api.
  7. Alihkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk nasi elektrik.
  8. Masukkan juga beras, cili hijau, susu segar dan air.
  9. Kacau dengan sebati dan masak nasi seperti biasa.
  10. Apabila nasi telah masak, hiaskan dengan kacang gajus, kismis dan bawang goreng untuk menyedapkan lagi hidangan anda.
  11. Hidangkan nasi bukhari anda dalam pinggan panas-panas.

Selamat mencuba!

Kredit: Gambar diambil daripada https://www.rasa.my/resipi-nasi-bukhari-ayam-untuk-sajian-pagi-raya-mudah-sangat-sedap/

SUMBER

https://www.rasa.my/resipi-nasi-bukhari-ayam-untuk-sajian-pagi-raya-mudah-sangat-sedap/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Nasi Arab Bukhari Yang Penuh Aroma
Published On
Tagged: