muruku

Muruku adalah makanan yang berasal dari India Selatan. Rasanya yang ringan dan rangup telah menjadikannya sebagai salah satu snek yang popular di Malaysia. Bukan sahaja masyarakat India, malah masyarakat Melayu dan Cina juga amat meminatinya.

Ia datang dalam pelbagai bentuk namun yang berbentuk bulat adalah yang paling popular sekali. Oleh itu, disini kami ingin mengajar anda cara membuatnya. Sesuai dihidangkan kepada tetamu, muruku juga boleh dijadikan snek enak buat anda dan keluarga saat menonton televisyen di rumah.

Disini terdapat dua resepi untuk membuatnya. Satu menggunakan tepung muruku yang boleh dibeli di pasaraya, manakala satu lagi ialah resepi tanpa menggunakan tepung tersebut.

Jom! Kita mulakan dengan resepi menggunakan tepung muruku dahulu.

Resepi Menggunakan Tepung Muruku

Bahan-Bahan: –

  • 1 bungkus tepung muruku
  • 1 bungkus tepung pulut
  • 1 sudu serbuk kari daging
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu jemuju,
  • 2 sudu majerin
  • 1 sudu udang kering
  • Garam halus
  • 1 kotak kecil santan
  • 6 ulas bawang putih
  • Air suam
  • Daun kari

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Gaulkan tepung muruku, tepung pulut, serbuk kari daging, serbuk cili dan jemuju.
  2. Gaul sehingga benar-benar sebati.
  3. Masukkan majerin ke dalam adunan tersebut dan teruskan menggaul hingga sebati.
  4. Kisarkan santan bersama dengan 6 ulas bawang putih dan air suam.
  5. Kemudian, masukkan santan tadi dengan air masak ke dalam adunan tersebut.
  6. Masukkan lagi air sekiranya adunan masih keras.
  7. Uli adunan sehingga tidak melekat lagi di tangan.
  8. Gunakan acuan muruku untuk membentukkannya.
  9. Kemudian goreng dengan api sederhana.
  10. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.

Resepi Tanpa Menggunakan Tepung Muruku

Bahan-Bahan: –

  • 2 cawang tepung beras
  • 1/4 cawan tepung kacang kuda
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil jintan kecil
  • 1/2 sudu kecil bijan putih
  • 1/2 sudu kecil bijan omam
  • Garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar planta
  • Santan
  • Secubit serbuk hing (asafoetida)

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga benar-benar sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan muruku.
  3. Goreng di atas api sederhana.
  4. Letakkan daun kari untuk memberikan aroma kepada muruku tersebut.

Diharap perkongsian resepi kali ini dapat membantu anda untuk menyediakan muruku dengan rasa yang lebih sedap daripada muruku yang dibeli di pasaran.

Apabila buat sendiri pasti lebih puas hati kerana kita boleh mengawal ramuannya.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://bidadari.my/resepi-maruku/

https://www.keluarga.my/macam-ni-rupanya-nak-buat-maruku-rangup-mudah-je-cara-penyediaannya-yang-penting-sedap/

Summary
Resepi Muruku Yang Mudah Tapi Rangup
Article Name
Resepi Muruku Yang Mudah Tapi Rangup
Description
Muruku adalah makanan yang berasal dari India Selatan. Rasanya yang ringan dan rangup telah menjadikannya ia makanan popular di Malaysia. Bukan sahaja masyarakat India, malah masyarakat Melayu dan Cina juga amat meminatinya.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: