Now Reading
Resepi Murtabak Maggi Yang Simple Tapi Lazat

Resepi Murtabak Maggi Yang Simple Tapi Lazat

murtabak maggi

Anda peminat tegar maggi? Hari hari makan maggi? Tapi anda sudah bosan makan dengan cara yang sama? Anda inginkan kelainan? Ayuh la kita cuba resepi murtabak maggi cheese ini.

Namun, sebelum itu. Apa itu murtabak maggi? Murtabak maggi ialah hidangan yang menggunakan dua bahan utama iaitu telur dan maggi. Ia juga hidangan yang sangat menjimatkan kerana kita cuma perlukan telur dan maggi yang pasti setiap rumah mempunyai stoknya.

Bahan bahan Untuk Murtabak Maggi:

  • 1 bungkus maggi kari
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang merah
  • Sosej
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 biji cili
  • Serbuk lada sulah
  • Cheese slice 2 keping

Cara penyediaan Murtabak Maggi:

  1. Rebus maggi anda tanpa perencah menggunakan air yang mendidih.
  2. Kemudian, tapis hingga kering dan biarkan ia sejuk sebentar.
  3. Pastikan maggi anda tidak terlalu lembik.
  4. Rebus juga sosej. Sosej ini hanya tambahan supaya hidangan ini ada lauk. Jika tidak mahu sosej, boleh gantikan dengan ayam atau apa apa sahaja.
  5. Sementara menunggu, pecahkan telur dan letak sedikit garam, gula, perencah kari maggi dan serbuk lada sulah tersebut.
  6. Kacau sehingga sebati.
  7. Kemudian, potong bawah merah dan cili.
  8. Masukkan ke dalam campuran telur tadi.
  9. Selepas itu, masukkan maggi kedalamnya juga.
  10. Letakkan juga cheese slice.
  11. Gaulkan sehingga ia benar benar rata.
  12. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak.
  13. Tuangkan maggi yang sudah digaul dengan campuran tadi ke dalam kuali.
  14. Goreng sehingga kedua dua bahagian masak sepenuhnya.
  15. Hidangan siap untuk dihidang.

Anda boleh gantikan maggi kari ini dengan perisa lain mengikut citarasa anda. Anda juga boleh tambahkan ayam mahupun daging sebagai lauk di dalamnya supaya ia tidak terasa begitu kosong.

Murtabak maggi ini sedap di makan begitu sahaja. Namun, anda juga boleh cuba untuk makan dengan sos cili untuk memberikannya rasa yang lebih menarik. Selamat mencuba!

Sumber:

https://iluminasi.com/bm/resepi-murtabak-maggi-kari-paling-senang.html

http://banyakresepi.blogspot.com/2016/06/resepi-murtabak-maggi-lazat.html

See Also

http://wzulhilmi.blogspot.com/2018/03/resepi-martabak-maggi-kari-yang-mudah.html

https://purrfectbliss.com/2017/06/08/ramadan-cooking-murtabak-maggi/

error: Content is protected !!