Now Reading
Resepi Mudah Dua Jenis Kek Coklat Cheese

Resepi Mudah Dua Jenis Kek Coklat Cheese

Kek coklat cheese salah satu hidangan yang sering dihidangkan khususnya di majlis-majlis rasmi atau istimewa. Hidangan berasaskan kek boleh dijadikan kepada pelbagai jenis.

Bukan itu sahaja, kek itu sendiri terdiri daripada pelbagai jenis yang bergantung kepada bahan-bahan digunakan dan teknik memasak yang digunakan. Di sini, kami akan kongsikan resepi ringkas membuat kek coklat cheese.

Perkara Asas Dalam Pembuatan Kek Coklat Cheese

Terdapat empat perkara asas dalam membuat kek coklat cheese iaitu:

  • Jenis kek yang digunakan.
  • Jenis coklat yang digunakan.
  • Jenis keju yang digunakan.
  • Teknik memasak yang digunakan.

Jenis bahan dan teknik masakan yang digunakan akan menghasilkan kek coklat cheese yang berbeza.

Resepi Pertama: Kek Chocolate Mouse Cheese 4 Lapisan

Kek Chocolate Mouse Cheese ini terdiri daripada empat lapisan. Setiap lapisan itu berbeza dan mempunyai bahan tertentu serta teknik penyediaan tertentu. Penggunaan kadar bahan itu boleh diubah suai jika kalian berhajat membuatnya lebih kecil atau besar. Tetapi, pastikan pertukaran kadar ramuan itu sama ada dilebihkan atau dikurangkan mestilah dibuat ke atas setiap ramuan.

Ramuan

Lapisan 1, crust

  1. Sebungkus biskut Marie, patah-patahkan mcm buat kek batik
  2. 1/2 cawan susu segar
  3. 1/2 cawan dark choc compound

Lapisan 2, choc mouse

  1. 700 ml susu segar dan 1/4 cawan tepung jagung
  2. 1/4 cawan serbuk koko
  3. 1/2 cawan raw cane sugar atau gula perang atau gula biasa
  4. 3 Sudu besar gelatin

Lapisan 3, cheesecake

  1. 2 sudu besar gelatin
  2. Cream cheese 250g softened
  3. 3 sudu besar gula icing
  4. Whipping cream 1/2 cawan

Lapisan 4, choc ganache

  1. 100 g dark chocolate compound
  2. 1/2 cawan whipping cream

Cara memasak

Layer 1, crust: Panaskan susu, masukkan coklat kemudian kacau hingga cair dan sebati. Seterusnya, tuang dalam biskut dan gaul sampai sebati. Kemudian masukkan dalam loyang springform, ratakan dan mampatkan.

Layer 2, choc mouse: Campurkan semua bahan kecuali gelatin. Lalu, acau menggunakan whisk sampai rata. Kemudian, masak atas api sampai pekat dan naik gelembung-gelembung. Seterusnya, sejukkan dalam mangkuk lain cairkan gelatin bersama 50ml air mendidih. Kemudian, gaul rata dengan adunan coklat dan tuang dalam loyang. Sejukkan ia 1 ke 2 jam.

Layer 3, cheesecake: Cairkan gelatin dengan 50ml air panas mendidih. Seterusnya ketepikan ia. Kemudian, pukul cream cheese dan bahan lain dengan whisk hingga rata dan gebu. Masukkan gelatin dan gaul hingga rata. Lalu, tuangkan dalam loyang. Sejukkan ia 1 jam.

Layer 4, choc ganache: Panaskan cream dan tutup api setelah selesai. Masukkan coklat dan kacau sehingga rata. Kemudian tunggu untuk sejuk sekitar 10 min. Lalu tuangkan ia atas kek. Seterusnya sejukkan semalaman.

Resepi Kedua: Kek Coklat Cheese Oreo

Kek Coklat Cheese Oreo ini terdiri daripada 3 jenis lapisan. Kelainannya berbanding kek cheese yang lain adalah penggunaan biskut oreo sebagai salah satu bahan masakan.

Ramuan

Crust

See Also

  • 24 biskut oreo
  • 1/4 cawan (1/2 stick atau 57g) unsalted butter, dicairkan

Filling

  • 2 cawan (12 auns) chocolate chips separuh manis
  • 3/4 cawan (178.5g) heavy cream
  • 3 bungkus (24 auns) cream cheese, room temperature
  • 1 1/2 cawan (300g) sugar
  • 1/4 cawan (29.5g) serbuk koko
  • 5  biji telur
  • 1 sudu teh ekstrak vanilla

Chocolate Ganache

  • 1 1/2 cawan chocolate chips separuh manis
  • 3/4 cawan (178.5g) heavy cream

Teknik Memasak

  1. Panaskan oven 325°F.
  2. Sapukan minyak/butter pada 9-inci springform pan (gunakan parchment paper untuk elakkan daripada melekat).

Crust

  1. Letakkan biskut oreo dalam food processor dan mesin sehingga ianya hancur (jangan terlampau halus, biarkan ada crumb besar sedikit).
  2. Campurkan biskut oreo itu bersama melted butter lalu kacau secara rata dalam bekas yang sesuai.
  3. Letak dan tekan campuran itu sebagai layer pertama pada springform pan dan pada sisi springform pan itu juga.
  4. Bakar crust itu selama 10 minit lalu letakkan di tepi untuk disejukkan. (Kadang kala butter akan menitik keluar jika tidak ditutup secara baik. Oleh itu, kita gunakan aluminium foil atau cookie sheet untuk elakkan butter yang cair menitik jatuh dalam oven).

Filling

  1. Dalam mangkuk (yang boleh diletakkan dalam microwave), letakkan 1/4 cawan heavy cream dan chocolate chips. Panaskan sekitar 20 saat secara berkala sehingga chocolate chips itu cair dan campuran itu sebati tanpa ketulan. Lalu letakkan di tepi.
  2. Dalam bekas besar, kacau cream cheese dengan menggunakan alat hand-held mixer sehingga menjadi creamy dan rata.
  3. Campurkan ia dengan gula dan serbuk koko sehingga rata.
  4. Lalu, campurkan telur satu demi satu dan baki ½ cawan heavy cream. Kacau sehingga sebati.
  5. Add the eggs, one at a time, and the REMAINING 1/2 cawan of heavy cream, mixing until combined.
  6. Campurkan ekstrak vanilla dan kacau.
  7. Letakkan campuran ini ke atas cookie crust.
  8. Bakar sehingga 70 minit. Cheesecake yang telah siap dapat dilihat pada sisi kek yang telah masak tetapi dengan pertengahan kek itu sedikit jiggly.
  9. Keluarkan kek daripada oven dan biarkan ia sejuk.
  10. Selepas sejuk, letak dalam peti sejuk sehingga 4 jam.

Chocolate Ganache

Campur chocolate chips dan heavy cream dalam mangkuk (yang boleh diletakkan dalam microwave). Panaskan dalam microwave sekitar 20 saat secara berkala sehingga bahan cair dan creamy. Lalu tuangkan ia ke atas kek yang disejukkan tadi biarkan sebentar sekitar 15 minit sebelum dihidangkan.

Sumber

https://cookpad.com/my/recipes/15052501-4-layer-chocolate-mouse-cheesecake-no-bake

https://iambaker.net/chocolate-cheesecake/

error: Content is protected !!