Minuman rendah kalori

Kopi, teh, minuman coklat atau jus buah-buahan menjadi antara pilihan minuman kegemaran setiap individu. Salah satu minuman yang selalunya pasti akan dipesan di kedai mamak pastinya ialah Teh Tarik. Walaupun teh tarik ini cuma segelas minuman namun ianya mempunyai kandungan kalori mencecah 200 kalori. Dan satu caranya untuk menikmati minuman ini dengan kandungan kalori yang rendah ialah memanggilnya tanpa gula. 

Minuman-minuman ini selalunya tinggi dalam kandungan kalori kerana kandungan gula yang tinggi. Oleh itu, kami akan gantikan gula dan susu manis pekat dengan lakanto. Lakanto ialah pengganti gula di mana rasanya manis macam gula tetapi tidak mempunyai kalori. Dalam artikel ini, kami akan ajar anda bagaimana untuk menghasilkan minuman minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti teh tarik, kopi ais dan Milo ais versi rendah kalori. Nak tak macam mana caranya? 

1. Teh Tarik Rendah Kalori

Bahan-bahan:

  • 1 uncang teh
  • 100ml air panas 
  • 150ml susu rendah lemak
  • Serbuk lakanto

Proses penyediaan:

  1. Rendam teh uncang dalam air panas selama 3 hingga 5 minit. 
  2. Masukkan serbuk lakanto mengikut selera anda dan akhir sekali susu rendah lemak. 
  3. Tarik sehingga berbuih dan sekiranya anda ingin menikmatinya secara sejuk, masukkan ais. 

2. Kopi Ais

Bahan-bahan:

  • 1 sudu teh serbuk kopi
  • 150ml susu rendah lemak
  • 100ml air panas
  • Serbuk lakanto

Proses penyediaan 

  • Bancuh 1 sudu serbuk kopi dengan air panas. 
  • Masukkan serbuk lakanto mengikut selera anda dan akhir sekali susu rendah lemak. 
  • Masukkan ais.

3. Milo Ais

Bahan-bahan:

  • 2 sudu kecil milo
  • serbuk lakanto
  • 2 sudu kecil susu sejat

Proses penyediaan:

  1. Bancuh serbuk Milo dengan air panas
  2. Masukkan serbuk lakanto mengikut tahap kemanisan yang anda inginkan
  3. Masukkan susu sejat dan ais

Anda boleh tontoni video dibawah ini untuk ketahui lebih tentang info-info minuman berkalori ini.

Kredit Gambar:

https://asianinspirations.com.au/recipes/pulled-milk-tea-teh-tarik/

6 pcs Stainless Steel Measuring Spoons

RM32.60

Pengukuran yang tepat memastikan rasa makanan anda sempurna, seimbang dan profesional. Kepala dan pemegang sudu bulat berada dalam keseimbangan berat badan yang sempurna. Penamat permukaan keluli tahan karat yang disikat satin sangat bagus untuk perasa kering dan cair. Terukir elegan dengan Metrik Pengukuran Amerika, tahan lama dan tidak pernah berkarat.

Stainless Steel Handle Coffee Tea Cloth Strainer Filter Sock Bag

RM15.99

Sesuai untuk membuat kopi, teh tarik atau kacang soya. Mampu menapis serbuk kopi atau teh supaya tidak bercamour dengan air kopi atau teh. Penapis kain tidak mempunyai rasa aftertaste yang pelik seperti penapis kertas. Ia juga memberi hasil yang bersih dan bebas sedimen. Namun begitu, ianya agak sukar untuk dicuci, jika anda memilih untuk menggunakan penapis kain, pastikan anda mencucinya dengan secara menyeluruh.

Summary
Resepi Minuman Kegemaran Anda Versi Sihat
Article Name
Resepi Minuman Kegemaran Anda Versi Sihat
Description
Salah satu minuman yang selalunya pasti akan dipesan di kedai mamak pastinya ialah Teh Tarik. Walaupun teh tarik ini cuma segelas minuman namun ianya mempunyai kandungan kalori mencecah 200 kalori. Dan satu caranya untuk menikmati minuman ini dengan kandungan kalori yang rendah ialah memanggilnya tanpa gula.
Publisher Name
Ceria Sihat