resepi mee goreng

Di dalam masakan Asia, mee goreng merupakan juadah tradisi. Resepi mee goreng sangat merupakan juadah mee tempatan yang popular di Malaysia.

Mee goreng, yang juga dipanggil sebagai mie goreng atau bami goreng dalam Bahasa Indonesia, ialah juadah mee goreng telur bersama sayuran, daging (biasanya ayam), dan telur. Sambal, perasa cili pedas, sriracha, dan kicap manis; kicap soya yang manis dan berkaramel apabila dimasak, merupakan perasa penting.

Mengikut bahasa Malaysia dan Indonesia, terjemahan langsung untuk mee goreng adalah “fried noodles”. Walaupun juadah ini semakin popular, ia tidak muncul Malaysia sehinggalah pada abad ke dua puluh, apabila pendatang dari Cina datang secara lmabakan ke negara kita.

RESEPI MEE GORENG MAMAK

resepi mee goreng mamak

Bahan-bahan:

  • 1 peket atau 450g mee kuning
  • 1 mangkuk isi ayam
  • 1 peket kek ikan
  • 1 pekek bebola ikan (pilihan)
  • 1/2 mangkuk taugeh (pilihan)
  • 1 ikat sawi
  • 2 sudu besar cili kering (dikisar)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 bawang besar (dihiris)
  • 3 biji telur
  • 3 tangkai cili hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan kacau rata. Sekarang, masukkan sedikit air.
  2. Tuang cili kering kisar dan kacau sehingga cili masak. Tambah isi ayam dan air untuk masak ayam tu. Tunggu sekejap sampai air kering dan pecah minyak.
  3. Tuangkan kicap pekat dan kacau lagi. Bila dah kacau rata, pecahkan telur. Kacau sampai telur bersalut dengan mee kuning tu.
  4. Akhir sekali, boleh lah taburkan garam dan masukkan daun sawi. Kacau rata. Sebelum hidang, hiaskan dengan cili hijau. Selamat menjamu selera.

RESEPI MEE GORENG BASAH

resepi mee goreng basah

Bahan-bahan A:

  • 1 peket mee kuning
  • 4 ulas bawang putih (diketuk dan hiris kasar)
  • 2 sudu besar cili kering (dikisar)
  • Kepingan kek ikan
  • 3 ke 4 sudu besar sos cili
  • Kicap yang mencukupi
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 7 ke 8 ekor udang (dibuang kepala)
  • 1 biji tomato (dipotong 8)
  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 mangkuk air rebusan kulit udang
  • Batang sawi
  • Daun sayur sawi
  • Taugeh

Bahan-bahan B – bahan hiasan:

  • Bawang goreng
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Limau kasturi atau limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan air di dalam mangkuk, celur mee kuning kemudian tos kering.
  2. Panaskan pula minyak di dalam kuali, dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Tambah cili kering kisar dan masak sampai garing.
  4. Masukkan kepingan kek ikan, sos cili, sos tiram, udang, sotong, lada sulah, tomato, sedikit air rebusan kulit udang dan batang sawi.
  5. Masa ni anda dah boleh masukkan mee kuning, daun sayur sawi dan taugeh. Nak tambah sos cili dan kicap pun boleh.
  6. Hias mee goreng basah anda dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan limau nipis.

RESEPI MEE GORENG GAYA KANTONIS

Bahan-bahan:

  • 12 auns mee telur Hong Kong
  • 8 batang daun bawang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan kicap rendah sodium
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu teh bawang putih (dicincang)
  • 1/4 ke 1/2 sudu teh empingan cili merah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar + 2 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar minyak sayuran (atau minyak kanola)
  • 1 & 1/2 cawan sayur campur (kubis, lobak merah disagat dan taugeh)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tuang air di dalam periuk dan dididihkan ia. Bila air dah mendidih, asingkan bahagian putih pada setiap batang daun bawang.
  2. Potong seinci, kemudian suku dari seinci tadi secara menyerong, ketepikan. Di dalam sebuah mangkuk, camourkan sos tiram, gula, bawang putih cincang, empingan cili merah, garam dan 1 sudu teh minyak bijan, kacau rata campuran ini. Ketepikan.
  3. Bila air dah mendidih kan, masukkan mee dan biar ia mendidih selama 2 ke 4 minit (ikut arahan pada pembungkusan). Tapis air dan basuh dengan air sejuk.
  4. Panaskan kuali besar pada api besar. Biarkan periuk sampai dia betul-betul panas. Baru tuang minyak bijan dan 1 sudu besar minyak kanola atau minyak sayuran.
  5. Kan tadi kuali dan panas dan minyak pun dah mula berbuih, masukkan mee dalam lapisan yang nipis. Hati-hati ketika memusing kuali supaya minyak salut semua bahagian mee. Biarkan mee masak selama 4-6 minit atau sehingga ia garing.
  6. Balikkan mee dengan menggunakan sudip besar. Tolong hati-hati ya, jangan risau kalau anda tidak dapat nak terbalikkan mee sekali cubaan. Buat dalam beberapa bahagian kecil kalau perlu.
  7. Tuang lebihan minyak bijan sebanyak 1 sudu besar tadi bersama 1 sudu besar minyak kanola di tepi-tepi kuali, angkat dan pusingkan kuali nak bagi minyak sekata. Biarkan ia masaka untuk 3-5 minit lagi. Alihkan mee ke dalam pinggan.
  8. Panaskan 1 sudu teh minyak bijan lagi, bersama dengan bahagian putih daun bawang dan biar ia berdesir dalam 10 saat. Masukkan lobak merah yang disagat dan masak lagi selama 10 saat.
  9. Masukkan balik mee ke dalam kuali dan toskan. Asingkan mee supaya tiada gumpalan. toskan camouran kubis disagat dan tuang campuran kicap. Sambung tos dalam 2 minit lagi supaya sos-sos yang ada boleh salut semua mee.
  10. Tambahkan taugeh dan bahagian hijau daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Sekarang anda dah tahu bagaimana nak masak resepi mee goreng. Ia boleh jadi pelbagai jenis resepi, anda pun boleh tukar-tukar pilihan sayur. Sedap sehingga menjilat jari kata orang, selamat memasak.

Sumber:

https://www.196flavors.com/malaysia-mee-goreng

https://www.aziekitchen.com/2020/02/mee-goreng-mamak.html

https://resepichenom.com/resepi/mee-goreng-basah/showhttps://littlespicejar.com/cantonese-style-pan-fried-noodles/

Summary
Resepi Mee Goreng, Makanan Utama Orang Malaysia
Article Name
Resepi Mee Goreng, Makanan Utama Orang Malaysia
Description
Di dalam masakan Asia, mee goreng merupakan juadah tradisi. Resepi mee goreng sangat merupakan juadah mee tempatan yang popular di Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: