mee goreng basah

Resepi Mee Goreng Basah yang sangat sedap.

Mee digoreng supaya sedikit berkuah tanpa dimasukkan telur. Bahan-bahan lain boleh ditambah mengikut selera masing-masing dan kali ini gunakan seafood iaitu udang dan sotong sahaja. Boleh juga gantikan dengan ayam dan daging

Bahan-Bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • hirisan kek ikan
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 7-8 ekor udang, buang kepala
  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji tomato, potong 8
  • 1 mangkuk air rebusan kulit udang
  • batang sawi
  • sayur daun sawi
  • taugeh
  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • bawang goreng
    • hirisan daun bawang
    • hirisan cili merah
    • limau kasturi atau limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air, celur mee kuning dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar dan masak cili sehingga garing.
  4. Masukkan kek ikan, sos cili, kicap manis, sos tiram, udang, sotong, lada sulah, tomato, sedikit air rebusan kulit udang dan batang sawi.
  5. Masukkan pula mee kuning, sayur daun sawi dan taugeh. Boleh tambah sos cili dan kicap lagi jika suka.
  6. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tips:

  • Tak perlu masukkan garam dan gula kerana rasa masin dan manis sudah cukup dari kicap, sos dan bahan-bahan lain.

Kenwood Blender

RM149.00

Motor 400W untuk memotong dan mengadun setiap hari dengan fungsi 2 speed dan pulse untul kelenturan pencampuran. Kisar pengisar sesuai untuk kacang dan rempah. Unit pisau keluli tahan karat yang boleh dilepas untuk pembersihan mudah dan hasil yang sangat baik.Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil selembut sutera namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbu. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

Kredit Gambar:

https://www.youtube.com/watch?v=f0eH4BpEIo4&app=desktop

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Mee Goreng Basah Sedap
Published On
Tagged: