meatball

Siapa suka makan meatball? Angkat tangan sekarang! Artikel kali ini memaparkan 3 resepi meatball yang sedang trending di carian laman sesawang. Sesiapa yang sudah bosan dengan nasi dan mi, boleh mencuba resepi meatball di bawah ini untuk dijadikan minum petang. Resepi meatball ini tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan, jadi adalah sangat baik untuk anda yang mula hendak berjinak di dapur. Malahan, resepi meatball sangat senang untuk dibuat jika mengikut arahan dengan teliti.

Meatball menggunakan isi daging dan bukan isi ayam. Jadi kawan-kawan yang beragama Hindu atau vegetarian tidak dibenarkan untuk mengambil makanan meatball ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Teknik Untuk Memastikan Meatball Melekat:

Kita hendaklah basuh bersih-bersih daging tersebut. Selepas itu, bekukan dulu seelok-eloknya daging berketul. Jangan guna daging yang dah dipotong kecik-kecil. Beli daging seketul dan basuh bersih-bersih lepas tu frozenkannya. Lepas itu, potong kecil-kecil dengan menggunakan mesin pemotong daging dalam bentuk kiub setelah itu baru kisar. Mula-mula, kisar menggunakan mata kasar lepas itu kisar menggunakan mata halus. Pastikan air daging tak keluar banyak sangat kerana darah dari air daging ini sebenarnya bertindak sebagai gam untuk melekatkan semua tekstur daging yang sudah hancur. Jangan sesekali basuh daging yang dah dikisar kerana daging tersebut tidak akan melekat dan akan terburai.

Meatball Carbonara

Bahan-bahan:

  • Satu bungkus Ramly meatball
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar oregano
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 cawan air susu kotak fullcream
  • Sedikit air
  • Parutan cheese cheddar dan mozzarella

Kaedah Penyediaan:

  • Guna kuali yg besar. Panaskan kuali. Masukkan majerin. Cairkan majerin.
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih. Guna api sederhana. Masak hingga layu.
    Masukkan juga oregano.
  • Masukkan meatball. Gaulkan hingga meatball masak.
  • Bila sudah nampak meatball dah masak, boleh masukkan susu fullcream. Gaul.
  • Bancuh tepung gandum dengan sedikit air. Masukkan ke dalam kuali tadi.
  • Ambil 1 kiub pati ayam, hancurkan dan masukkan ke dalam kuali. Gaul sehingga likat. Boleh juga tambah crab stick atau cenda wan butang. Dah likat, boleh angkat.
  • Apabila bahan-bahan tadi sudah masak. Boleh alihkan ke dalam loyang.
  • Parutkan cheese cheddar dan mozarella atas bahan tadi. Bakar dalam suhu 200° selama 20 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing (suhu untuk membakar pizza).
  • Apabila siap dibakar, boleh dimakan bersama keluarga.

Meatball buttermilk

Bahan-bahan:

  • 20 biji bebola daging
  • 5 biji cili padi hijau thai
  • 5 biji cili padi merah thai
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji telur
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar garam
  • 100g mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 tin susu sejat 

Kaedah Penyediaan:

  • Goreng bebola daging dengan sedikit minyak.
  • Cincang bawang putih dan bawang besar dan hiris cili.
  • Cairkan mentega. Tumis daun kari dahulu kemudian masukkan cili serta kacau 1 minit.
  • Masukkan bawang. Masak hingga layu dan wangi serta sedikit garing. Masukkan 1 tin susu sejat dan tambah garam. Biar hingga mendidih.
  • Masukkan telur dan kacau laju-laju selama 1 minit. Tutup api. Jika hendak tuang atas bebola boleh atau nak tuang terus bebola di dalam kuali pun boleh .
  • Sedia untuk dihidang.

IKEA Meatball (Homemade)

Bahan-bahan:

  • 750 g daging kisar RAMLY
  • 100 g serbuk roti (Panko)
  • 1 biji bawang besar (cincang halus)
  • 1 biji bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu full cream
  • 1 sudu kecil garam (Himalaya)
  • 1 sudu kecil lada hitam ajishio

Kaedah Penyediaan:

  • Gaul sebati semua bahan.
  • Bulatkan bentuk bebola. Timbang 20g setiap bebola, akan dapat 60 ketul.
  • Susun, dan simpan bebola dalam peti beku selama 2 jam untuk kekalkan bentuk bebola. Kalau nak masak terus, bekukan selama 20 minit terlebih dahulu.
  • Panaskan 1-2 sudu besar minyak dan goreng bebola sampai semua permukaan berbola berwarna perang.
  • Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180C (oven biasa) atau 160C (oven berkipas).
  • Siap untuk dihidang. Boleh tambah Lingonberry jam sebagai penyedap.

Cheezy Meatball

Bahan-bahan:

  • 400 gm meatball
  • 1 tin Sos Prego “Alfredo Cendawan”
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega (untuk menumis)
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji capsicum
  • 50 gm cendawan shitake
  • 6 keping cheddar cheese
  • Sedikit garam

Kaedah Penyediaan:

  • Sediakan bahan-bahan.
  • Mula-mula meatball dan cendawan shitake direbus sekejap dalam 5minit.
  • Sediakan bahan-bahan untuk menumis. Bawang holland dipotong dadu, cendawan shitake dipotong panjang dan bawang putih direcik halus.
  • Panaskan kuali, masukkan mentega. Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Masak sehingga naik bau.
  • Masukkan sos prego, cendawan shitake, lada hitam. Kacau sebati.
  • Masukkan susu segar dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan kuah seketika.
  • Meatball disusun ke dalam mangkuk. Capsicum dipotong panjang, bawang holland dan cheddar cheese dipotong dadu.
  • Masukkan kuah yang dimasak tadi ke dalam mangkuk berisi meatball. Kemudian susun capsicum, bawang holland dan cheddar cheese.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 45minit.
  • Siap sudah dihidang dan sedia untuk dimakan.

Wah sedap bukan ketiga-tiga resepi dibawah? Jom cuba kesemua resepi pada hujung minggu ini. Jangan lupa untuk memuat naik gambar di media sosial supaya dapat berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang lain!

Sumber:

https://cookpad.com/my/search/meatball

https://says.com/my/seismik/resipi-homemade-meatball-yang-sedap-menyengat-ini-akan-membuatkan-air-liur-meleleh

https://www.rasa.my/cara-buat-meatball-homemade-sedap-guna-resipi-paling-mudah/

Summary
Resepi Meatball: 4 Resepi Trending
Article Name
Resepi Meatball: 4 Resepi Trending
Description
Siapa suka makan meatball? Angkat tangan sekarang! Artikel kali ini memaparkan 3 resepi meatball yang sedang trending di carian laman sesawang. Sesiapa yang sudah bosan dengan nasi dan mi, boleh mencuba resepi meatball di bawah ini untuk dijadikan minum petang. Resepi meatball ini tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan, jadi adalah sangat baik untuk anda yang mula hendak berjinak di dapur. Malahan, resepi meatball sangat senang untuk dibuat jika mengikut arahan dengan teliti.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: