resepi masakan kampung

Kami sediakan resepi masakan kampung mengamit memori kepada anda yang telah lama tidak pulang ke kampung halaman. Semoga dapat melepaskan rindu.

MASAK LEMAK PUCUK PAKU

resepi masakan kampung

Bahan-Bahan :

  • 2 ikat pucuk paku
  • 2 biji keledek oren- dipotong sederhana
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 batang serai – diketuk
  • 3 ulas bawang putih-dikisar
  • 2 ulas bawang merah- dikisar
  • 5 tangkai cili padi hijau- dikisar
  • 1 inci kunyit hidup- dikisar
  • sedikit garam, gula, ajinomoto

Cara Penyediaan :

  1. masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersamam serai, air dan santan. gaul sehingga mendidih supaya tidak pecah minyak
  2. masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
  3. seterusnya masukkan garam, gula, ajinomoto.
  4. akhir sekali masukkan pucuk paku dan masak sehingga pucuk paku empuk

SAMBAL HITAM PAHANG

resepi masakan kampung

Bahan-Bahan :

  • cawan belimbing buluh rebus
  • cawan cili padi
  • 2 cawan ikan bilis
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 sudu besar kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak

Cara Penyediaan :

  1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang kepada anda. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok.
  2. Masukkan ke dalam periuk tanpa air dan renih dengan menggunakan api yang kecil.
  3. Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri dan kecut dan betul-betul kering sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. Kacau belimbing supaya periuk tidak hangit pastikan menggunakan api yang kecil
  4. Tumbuk cili padi dan 3 ulas bawang merah sehingga lumat sehingga lumat. 3 ulas bawang merah lagi dihiris nipi.
  5. Tumbuk juga ikan bilis dan tumbuk belimbing buluh tetapi jangan terlalu lumat.
  6. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang yang dihiris sehingga naik bau.
  7. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk sekaligus sehingga nampak agak kering dan garing (agak lama juga). Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa.
  8. Biarkan sambal kering sedikit seperti serunding. Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak ditos sebelum dihidang. Boleh juga angkat dan toskan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan atau disimpan.

PESANAN: jika masak untuk sekali makan, memadai hanya rebus dalam 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering dan gelap adalah untuk disimpan lama.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK TEMERLOH

resepi masakan kampung

Bahan:

  • Ikan patin
  • Cili merah dan cili padi
  • Kunyit hidup
  • Tempoyak
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam
  • Air

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup sehingga tidak begitu lumat. Anda jugak boleh menggunakan pengisar.
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya sebati.
  3. Masukkan ikan dan kesemua bahan berserta air ke dalam periuk.
  4. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam.
  5. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan bunga kantan.

DAGING GULAI

resepi masakan kampung

Bahan-Bahan :

  • 1/2 kilo daging batang pinang
  • 1 cawan Santan
  • 1 bungkus rempah daging – siap dibancuh dengan air
  • 2 keping asam keping
  • kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 3 biji Kentang – dibelah 4

Bahan Tumis :

  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji bawang besar – kisar
  • Halia – kisar
  • Bawang putih, bawang merah -kisar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji cili hijau besar – kisar
  • Bawang putih dan bawang merah – hiris

Cara Penyediaan :

  1. Tumiskan empat sekawan bersama daun kari dan bahan yang dihiris sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan diikuti oleh rempah kari. Biar sehingga pecah minyak baru masukkan daging dengan air.
  3. Rebus daging selama 30-40 minit dengan api kecil. Jika tidak cukup empuk, masukkan lagi air.
  4. Apabila daging sudah cukup empuk, Masukkan santan dan bahan-bahan lain seperti asam keping, garam, kerisik dan gula.
  5. Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang yang dipotong. Masak sehingga kentang empuk.pastikan anda menggunakan api yang kecik.

IKAN CENCARU SUMBAT

resepi masakan kampung

Bahan-Bahan :

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 2 biji cili merah – ditumbuk
  • 8 biji cili api – ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • Sedikit belacan
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :

  1. Cuci ikan dan belahkan belakangnya dan sapukan sedikit garam.
  2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam sehingga lumat.
  3. Masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
  4. Perahkan limau kasturi dan gaulkan rata dangan semua bahan. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
  5. Goreng sehingga masak

IKAN BILIS KENTANG BERLADA

resepi masakan kampung

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Belacan

Cara-cara:

  1. Potong nipis kentang dan goreng.
  2. Goreng ikan bilis.
  3. Tumbuk cili padi, bawang merah, putih dan belacan
  4. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing.
  5. Masukkan garam dan gula.
  6. Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng dan Kacau sehingga rata.

DAGING DENDENG

resepi masakan kampung

Bahan-bahan:

  • Bawang rose -digoreng
  • Daging -diperap dengan kicap manis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili giling
  • Rempah 3 sekawan
  • Garam
  • Gula
  • Cuka
  • Daun limau purut – penambah aroma

Cara-cara:

  1. Goreng garing bawang ros.
  2. Goreng daging yang diperap dengan kicap. Setelah digoreng, tumbuk kasar daging tersebut.
  3. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  4. Tumiskan cili giling bersama rempah 3 sekawan dan bahan kisar.
  5. Masukkan daging, bawang goreng, garam, gula dan sedikit cuka.
  6. Boleh tambahkan daun limau purut untuk aroma.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

KERABU PUCUK PAKU + KERANG

resepi masakan kampung

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk paku – celur
  • taugeh semangkuk – celur
  • kerrang -rebus dulu
  • 5 atau 6 biji bawang merah
  • 2 sudu besar kerisik
  • cili padi
  • belacan
  • garam
  • pati santan

Cara Penyediaannya:

  1. Tumbuk atau kisar kering cili padi dgn belacan
  2. kacau cili kisar, kerisik dan bawang merah dalam bekas besar
  3. masuk kerang kacau sehingga sebati dan masukkan garam sedikit
  4. masuk pucuk paku dan taugeh yang dicelur tadi
  5. kacau sehingga rata dan masukkan pati santan dalam 2atau 3 sudu besar.
  6. Siap dihidang

Semoga resepi ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.

sumber:

https://listikel.com/resepi-masakan-kampung/

https://saji.my/resepi-lauk-simple/

https://listikel.com/resepi-masakan-kampung-sedap-berdesik/#tab-con-11

MamaMia Kitchen: MASAK LEMAK CILI API PUCUK PAKU (mamamiasanasini.blogspot.com)

Cara Membuat Sambal Hitam Pahang – MyRujukan

Cara Membuat Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang – MY Resepi (my-resepi.com)

Resepi Ikan Bilis Goreng Berlada – Resep Bunda Erita (nguli-online.me)

MY COOK BOOK: Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa (bukan-resepi-rahsia.blogspot.com)

PATIN FISH CITY IS NOW VERY QUIET (permadumalaysia.blogspot.com)

Cara Membuat Sambal Hitam Pahang – MyRujukan

Gambar Pemandangan Kampung – Gambarrrrrrr

Summary
Resepi Masakan Kampung Mengamit Memori
Article Name
Resepi Masakan Kampung Mengamit Memori
Description
Kami sediakan resepi masakan kampung mengamit memori kepada anda yang telah lama tidak pulang ke kampung halaman.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: