Now Reading
Resepi Masak Lodeh Mudah Dan Cepat

Resepi Masak Lodeh Mudah Dan Cepat

masak lodeh

Dah lama cari resepi masak lodeh? Artikel ni memang sesuai untuk anda. Jom belajar masak resepi masak lodeh mudah dan cepat ni. Jom masak!

Takkan nak tunggu raya kan baru nak makan masak lodeh ni? Walaupun makanan ni sinonim dihidangkan pada waktu raya bersama dengan nasi himpit, anda tetap boleh menikmatinya pada bila-bila masa sahaja.

Ya, selain dihidangkan pada hari lebaran, masak lodeh ni antara makanan yang dijadikan sebagai sarapan pagi atau minum petang terutamanya bagi orang johor. Memang popular lah masak lodeh ni disana.

Untuk maklumat, masak lodeh ni merupakan makanan yang datangnya dari Jawa. Penghijrahan keturunan Jawa ke Tanah Melayu terutamanya di Johor telah menjadikan masakan ini menjadi titik permulaan hidangan yang membawa imej tersendiri di Malaysia.

Apa sebenarnya lodeh ni? Bagi yang pertama kali mendengarnya masak lodeh ini adalah sejenis makanan yang berasaskan pelbagai jenis sayuran. Ia terdiri daripada kacang panjang, kubis, lobak merah, suhun, fucuk, tauhu dan tempe. Masak lodeh ini kebiasaannya dimakan bersama ketupat atau pun dengan nasi himpit.

Tengok bahan-bahannya saja pun dah tahu kan mudah rupanya nak buat masak lodeh ni. Bahan-bahan dia pun mudah aja untuk didapatkan. Campak-campak aja semua bahan ni dah siap kan? Tinggal belajar nak buat sendiri saja.

Bagi anda yang belum pernah buat sendiri, inilah masanya untuk anda cuba resepi masak lodeh ni. Banyak juga lah versi nak buat masak lodeh ni. Kreatif kan orang-orang Malaysia ni.

Eh dah panjang bercerita ni, jom lah kita belajar cara nak masak pula. Nah, entri kali ni kami kongsikan pula kepada anda cara-caranya. Ada 2 resepi kami nak kongsikan ni ha, jom kita ke resepi yang pertama dahulu.

Resepi pertama : Masak Lodeh Warisan Johor

Resepi masak lodeh ni disesuaikan mengikut saiz hidangannya iaitu untuk 4 orang makan. Berikut adalah masa yang diperlukan untuk membuatnya. Masa penyediaan: 20 minit, masa memasak: 20 minit. Total masa adalah selama 40 minit.

Bahan-bahan yang perlu dikisar

  • 2-3 biji bawang merah besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cubit udang kering
  • 3 sudu besar cili boh

Bahan-bahan untuk buat kuah masak lodeh

  • 300 gram udang segar
  • 1 paket fucuk dan jugak suhun
  • 2-3 keping tauhu (dipotong dadu sederhana besar)
  • 2-3 keping tempe
  • 2-3 batang serai (dititik/diketuk)
  • 250 ml santan segar
  • Serbuk kunyit (sedikit sahaja/bersesuaian dengan saiz hidangan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (sedikit/sederhana ikut kesesuaian saiz hidangan)

Sayur-sayuran untuk buat kuah masak lodeh

  • Kacang panjang (dihiris serong)
  • Kubis (dihiris)
  • Lobak (dihiris memanjang)
  • Terpulang  segala jenis sayur yang anda mahu masukkan sekali

Cara-cara penyediaan

  • Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik aromanya.
  • Setelah itu, masukkan pula serai yang dititik dan gaul seketika
  • Kemudian, masukkan pula santan cair dan didihkan ia
  • Masukkan juga sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak dan kubis yang telah siap dipotong tadi, kacau dan biarkan ia masak sehingga lembut
  • Setelah itu, masukkan pula bahan utama kita iaitu udang segar, suhun dan fucuk, tempe dan juga tauhu yang siap dipotong
  • Untuk bagi kuah bertukar menjadi kuning masukkan sedikit serbuk kunyit
  • Tambahkan sedikit garam secukup rasa
  • Akhir sekali, jangan lupa untuk masukkan santan pekat dan biarkan ia mendidih.
  • Siap, masak lodeh untuk dihidang bersama dengan nasi himpit/lontong/ketupat !

Tips:

  • Perlu untuk menggunakan kedua-dua bahan : kunyit hidup dan jugak serbuk kunyit. Meskipun kunyit hidup merupakan bahan yang utama, tapi untuk mencantikkan warna kuah masak lodeh serbuk kunyit juga diperlukan.
  • Perlu sangat untuk menggunakan santan segar berbanding santan kotak. Kerana rasanya sangat berbeza. Jika tak percaya anda boleh mencubanya sendiri. Rasai perbezaan keduanya. Percayalah santan segar rasanya lebih sedap.
  • Lebihkan sayur-sayuran yang ditulis diatas tadi. Sangat nikmat bila dihirup bersama dengan kuah lodeh.

Resepi kedua: Masak Lodeh Versi Singapura

 Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 10 tangkai cili kering (boleh lebihkan lagi jika mahu rasa yang lebih pedas)
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2-3 batang serai (dititik atau diketuk)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 100-200 gram udang kering (perlu direndam terlebih dahulu untuk bagi ia lembut)
  • 1 cm belacan (tidak mengapa jika tidak mahu tambah)

Bahan sayur-sayuran

See Also
kek beras

  • 5-6 tangkai kacang panjang, nak lebihkan pun boleh (dihiris 1 cm)
  • 150 gram sengkuang (dipotong memanjang)
  • 150 gram (dipotong kasar)
  • 2-3 keping tauhu
  • 2-3 keping tempe (potong dadu dan digoreng )
  • 1 set suun (rendam terlebih dahulu sehingga lembut)
  • 1 batang lobak merah, nak lebihkan pun boleh (dipotong jejari)
  • 4 inci Lengkuas (dihiris)

Cara-cara penyediaannya:

  • Panaskan kuali terlebih dahulu dengan minyak masak. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau
  • Setelah pecah minyak, masukkan pula santan bersama dengan lengkuas. Kacau ia dengan kerap agar santan tidak pecah minyak dan tambahkan garam secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan kesemua bahan sayuran tadi – kacang panjang, lobak merah, kubis, sengkuang, suhun, tauhu dan tempe.
  • Dah pun siap. Boleh dihidang terus ni!

Penutup

Amacam, mudah saja kan? Sekian saja perkongsian dari kami mengenai resepi masak lodeh ni. Diharapkan ia memberi manfaat untuk anda. Dah baca resepi ni jangan lupa untuk terus buat ya. Selamat mencuba!

Sumber

https://amazingnara.com/resipi-masak-lodeh-warisan-johor/

https://norazlitaaziz.blogspot.com/2011/03/lontong-singapura.html?m=1

https://cariblogger.com/resepi-lontong-kuah-lodeh/

error: Content is protected !!