resepi lontong
Lontong adalah hidangan berkuah warna kuning yang kelihatan seperti masak lemak tetapi bukan. Ia mempunyai keistimewaannya tersendiri dengan segala bahan-bahan mudah seperti sayur-sayuran, udang dan lain-lain lagi.

Lontong adalah hidangan berkuah warna kuning yang kelihatan seperti masak lemak tetapi bukan. Ia mempunyai keistimewaannya tersendiri dengan segala bahan-bahan mudah seperti sayur-sayuran, udang dan lain-lain lagi. Rasa lemaknya yang asli daripada santan serta rasa sedikit pedas tetapi tidak begitu menyengat pasti memenuhi selera anda terutama ketika bersarapan di hujung minggu.

Jadi, sekarang jom lihat resepi lontong versi sihat pula yang boleh dinikmati oleh mereka yang sedang menjalani gaya hidup sihat. Resepi ini dikongsikan oleh pemilik The Life Clinic iaitu Datin Dr Serina Abdul Latif yang mengolah resepi asli lontong.

Bahan-bahan:

  • 2 keping tauhu (dihiris dan digoreng)
  • 20 batang kacang panjang (dihiris tebal)
  • 450g kobis
  • 2 batang lobak merah (dihiris panjang)
  • 1 kiub pati ayam
  • 200ml santan
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak zaitun

Bahan-bahan kisar:

  • 2 sudu besar udang kering
  • 6 batang cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 4 biji buah keras
  • 1 sudu serbuk kunyit

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak pada suhu sederhana.
  2. Setelah minyak panas, tumis sayuran-sayuran buat seketika dan ketepikan.
  3. Setelah itu, tumis pula bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  4. Apabila bahan tumisan telah sekata dan naik bau, masukkan santan.
  5. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  6. Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan digoreng terlebih dahulu tadi.
  7. Kacau hingga sebati seketika.
  8. Tambahkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.
  9. Anda boleh makan lontong bersama nasi impat atau makanannya begitu sahaja bersama sambal ikan bilis atau sambal kosong.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.nona.my/doktor-cantik-kongsi-resipi-lontong-sayuran-versi-sihat/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi lontong versi sihat? Adakah ini benar?!
Published On
Tagged: