Resepi Lasagna
Resepi Lasagna Daging Yang Penuh Dengan Cheese!

Resepi lasagna daging sudah semestinya dinanti-nantikan penggemar tegar lasagna. Jika anda sering order lasagna di Pizza Hut mahupun Secret Recipe, tahukah anda, cara membuat lasagna adalah sangat mudah?

Jadi jom kita belajar membuatnya supaya selepas ini jika anda teringin lasagna, anda boleh buat sendiri di rumah.

Sebelum itu, apa itu lasagna? Lasagna merupakan makanan Itali yang penuh lemak berkrim dengan pelbagai jenis keju di dalamnya.

Kepingan lasagna pula dibuat menggunakan tepung gandum, namun anda boleh dapatkannya di pasaraya jika anda tidak mahu membuatnya sendiri.

Jadi, marilah kita lihat resepi lasagna yang paling mudah dan sedap!

Bahan-Bahan (Asas): –

  • Beberapa kepingan lasagna segera yang belum direbus
  • Keju mozzarella yang sudah diparut secukupnya
  • Keju parmesan yang sudah diparut secukupnya

Bahan-Bahan (Sos Merah): –

  • 300 gram daging kisar
  • 1 jar kecil sos Prego traditional ( apa apa jenama sos Bolognese dibenarkan )
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar kuning
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji capsicum hijau
  • 6 biji cendawan butang
  • 1 cawan carot
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-Bahan (Sos Putih): –

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
  • Lada putih dan garam secukup rasa

Nota tambahan: Sekiranya anda tidak mempunyai parmesan cheese, masukkan 3 keping keju cheddar.

Langkah-Langkah Penyediaan

Cara untuk masak sos merah

  1. Sediakan bahan untuk ditumis iaitu potong bawang besar kuning menjadi dadu kecil, bawang putih dihiris nipis, capsicum hijau dipotong dadu, cendawan butang dihiris nipis dan carot dipotong dadu kecil.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut.
  3. Masukkan bawang putih yang telah dihiris nipis dan diikuti dengan daging kisar.
  4. Kacau sehingga air daging menjadi kering.
  5. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam dan cendawan.
  6. Masukkan pula capsicum, karot dan sos prego apabila cendawan sudah layu.
  7. Sila masak sehingga karot menjadi lembut.
  8. Letakkan garam dan gula secukupnya.
  9. Jangan lupa untuk tambahkan air jika kuah terlalu kering.

Nota tambahan: Kuah perlu banyak kerana kepingan pasta yang digunakan adalah yang segera.

Cara untuk memasak sos putih

  1. Pertama sekali, sila panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil.
  2. Apabila mentega sudah cair sepenuhnya, sila masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan susu dan masukkan keju cheddar dan parmesan cheese.
  4. Kacau seketika sehingga kuah menjadi pekat.
  5. Selepas itu, masukkan lada putih dan garam secukupnya.
  6. Tunggu sehingga ia benar benar sejuk.

Nota tambahan: Pastikan anda masukkan garam dengan berhati hati kerana keju sudah masin.

Cara untuk membuat Lasagna

  1. Sila panaskan oven anda kepada suhu 180°C.
  2. Kemudian, sapu bekas caserole dengan menggunakan mentega untuk mengelakkan lasagna dari melekat.
  3. Letakkan kepingan lasagna dahulu.
  4. Selepas itu tuang sos merah dan ratakan.
  5. Tuang pula sos putih.
  6. Jangan lupa taburkan mozarella dan parmesan cheese supaya lasagna menjadi lebih berlemak dan berkeju.
  7. Sila ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos merah, sos putih, mozarella cheese dan parmesan cheese.
  8. Setelah siap, tutup bahagian atas dengan menggunakan aluminium foil.
  9. Bakar lasagna di dalam oven selama 25minit.
  10. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas menjadi keperangan.

Paling asyik jika makan hidangan ini ketika ia baru keluar dari oven tau?! Boleh hidangkan Lasagna ketika ia masih panas untuk rasakan keenakkan menyeluruh. Barulah puas melihat keju leleh yang boleh ditarik-tarik tu.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://resepichenom.com/resepi/lasagna-sedap/show

https://www.nst.com.my/lifestyle/sunday-vibes/2018/08/398162/love-good-lasagna-heres-how-you-can-make-one

Summary
Resepi Lasagna Daging Yang Penuh Dengan Cheese!
Article Name
Resepi Lasagna Daging Yang Penuh Dengan Cheese!
Description
Resepi lasagna daging sudah semestinya dinanti-nantikan penggemar tegar lasagna. Jika anda sering order lasagna di Pizza Hut mahupun Secret Recipe, tahukah anda, cara membuat lasagna adalah sangat mudah?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: