Laksa ayam
Resepi Laksa Ayam ini adalah hidangan yang sempurna untuk peminat makanan laksa dan makanan pedas.

Resepi Laksa Ayam ini adalah hidangan yang sempurna untuk peminat makanan laksa dan makanan pedas. Tambahan lagi, ia bebas dari tenusu dan dimasak menggunakan pes laksa yang lazat.

  • Masa penyediaan – 10 minit
  • Masa memasak – 15 minit
  • Tahap: Mudah
  • Saiz hidangan: 2 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Periuk

Bahan-bahan:

  • 226.8 g thigh ayam dihiris nipis
  • 1 sudu besar minyak kelapa
  • 4 sudu pes laksa
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 cawan santan rendah lemak
  • 1 sudu besar jus limau
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Erythritol secukup rasa
  • 1 bungkus mi Konjac
  • 1/2 cawan taugeh
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • Daun pudina segar

Cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk tidak melekat di atas api tinggi. Tuang minyak kelapa dan ayam. Goreng sehingga ayam berwarna perang. (Nota: Anda juga boleh menggoreng ayam menggunakan ‘air fryer’ bagi versi lebih sihat).
  2. Keluarkan ayam dari periuk dan ketepikan.
  3. Tambah pes laksa rendah karbohidrat ke dalam periuk dan tumis selama 3-5 minit.
  4. Masukkan stok ayam dan biarkan mereneh.
  5. Masukkan ayam kembali, diikuti dengan santan, jus limau, dan sos ikan. Kacau dengan perlahan sehingga ayam masak.
  6. Masukkan garam dan pemanis secukup rasa.
  7. Sediakan mi Konjac anda mengikut label pada paket dan letakkan di dalam 2 mangkuk besar. Sendukkan kuah laksa.
  8. Hidangkan laksa dengan taugeh, cili potong dan daun pudina segar.
  9. Nikmati hidangan anda.

Selamat mencuba!

Summary
Recipe Name
Resepi Laksa Ayam
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: