kuih siput
Kuih siput yang tidak hancur, sedikit pedas, rangup dan cukup rasanya pasti menjadi kudapan pilihan terutama ketika berkumpul bersama keluarga menonton televisyen bersama. Bukan sahaja mudah disediakan, malah ia juga boleh disediakan dalam kuantiti banyak jadi anda masih mempunyai bekalan buat kemudian hari.

Kuih siput merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandumtepung ubi dan marjerin. Ia kemudian dicampur rempah dan dibentuk siput dengan menggunakan acuan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehinga ia kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai kembang minyak.

Kuih Siput merupakan sejenis kuih yang menjadi kebiasaan untuk dihidangkan pada perayaan seperti hari raya Aidil Fitri.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air

Cara Penyediaan:

  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan sejukkan.
  3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
  4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Wood Rolling Pin

RM12.90

Pin gulung kayu dengan pemegang adalah alat dapur yang penting untuk dimiliki. Ia bagus untuk menguli doh pizza, pai, tart, dan biskut.

Alat makanan silinder jenis ini boleh didapati dalam dua gaya, termasuk pin roller dan pin rod. Perbezaan kedua roller ini ialah jenis roller mempunyai silinder tebal dan pemegang kecil di hujung, pin rod adalah lebih nipis. Kategori yang paling popular dari rolling pins termasuk rod, penggelek, tekstur khusus, dan Chakla Belan (khusus untuk masakan India)

Tefal Daily Cook Stainless Steel Saucepan with Lid

RM159.00

Keluli tahan karat berkualiti premium. Sesiapa yang menggunakannya pasti dapat menguasai seni memasak dengan senang, dengan jaminan 10 tahun yang merangkumi keluli tahan karat tahan karat dan pembuatan yang terbaik, untuk ketahanan maksimum dan kesenangan memasak tanpa risiko kerosakan dari masa ke masa. Ia juga mampu untuk memanaskan makanan dengan sekata.

SUMBER

https://jumpcat.rasa.my/resipi-kuih-siput-rangup-kudap-kudap-paling-mudah-cepat-nak-buat-1/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Kuih Siput Sihat dan Tetap Sihat
Published On
Tagged: