Kuih kacang hijau merupakan antara kuih kegemaran rakyat Malaysia. Ia juga merupakan antara kuih tradisional Malaysia yang agak popular.

Namun terdapat banyak jenis kuih muih yang boleh dihasilkan hanya menggunakan kacang hijau dengan menggunakan resepi yang mudah dan sedap.

Berikut merupakan 3 resepi kacang hijau yang simple untuk dilakukan untuk keluarga yang berada dirumah.

Kuih Kacang Hijau Goreng / Kuih Kasturi

kuih kacang hijau

Kuih Kasturi antara kuih tradisional rakyat Malaysia. Siapa je kan tak kenal. Ada juga yang memanggilnya sebagai kuih kacang hijau. Apabila beli kuih seperti ini diluar , paling sukar sekali untuk menjumpai yang betul-betul sedap dan hancur kacang hijau didalamnya.Jadi daripada kita membeli diluar, marilah kita membuatnya dirumah. Lebih berpuas hati dan menepati citarasa.

Bahan-bahan untuk membuat kacang hijau :

  • Secawan kacang hijau
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula kasar
  • 2 atau 3 sudu besar tepung gandum
  • Setengah cawan kelapa parut
  • Garam secubit
  • Daun pandan sehelai diikiat (pilihan nak boleh taknak buat pun boleh)

Bahan-bahan tepung untuk digoreng:

  • Tepung beras (6 sudu besar)
  • Tepung gandum (2 sudu besar)
  • Garam (1/4 sudu kecil)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Perahan limau sedikit (mengikut pilihan)
  • Air secukupnya (1/3 cawan)

Cara-caranya :

  1. Mula-mula kacang hijau perlu dibersihkan dan direndam selama 2 jam didalam air supaya kacang hijau lembut dan tidak mengambil masa sewaktu merebus.
  2. Toskan air. Selepas di tos kacang dimasukkan ke dalam periuk belanga bersama air secukupnya. Lalu direbus kacang tersebut hingga benar-benar lembut. Masukkan daun pandan sekiranya ada dan dengan api yang sederhana kecil rebus ia sekitar masa 45 minit.
  3. Seterusnya, apabila air hampir kering dan sudah kelihatan lembut kacang. Sekiranya belum lembut lagi hendaklah ditambah air dan rebus lagi dan masukkan gula.
  4. Rebus lebih kurang dalam 5 minit lagi sehingga kelihatan campuran agak pekat dan likat dan juga hamper kering. Keluarkan ikatan pandan jika ada.
  5. Tepung gandum dan garam dimasukkan ke dalam kacang hijau lantas digaul adunan dan campuran tersebut dengan betul. Pastikan tiada ketulan didalam adunan tersebut.
  6. Selanjutnya,kelapa parut dimasukkan dan dikacau sekitar 5 minit dan akan kelihatan campuran kacang hijau tersebut sudah tidak berair. Lalu kacangnya hancur dengan baik.
  7. Matikan api dan kacang hijau dipindahkan ke dalam bekas untuk disejukkan
  8. Ketika sudah sejuk, menggunakan tapak tangan, letakkan sedikit tepung. Lalu ambik sedikit kacang hijau dan buatkan bentuk bebola dan dibulatkan. Kemudian dileperkan dengan elok.
  9. Kemudian sediakan adunan yang telah disenaraikan di bahagian (B).
  10. Panaskan minyak didalam kuali, lalu celupkan kuih kasturi yang telah dibentuk tadi kedalam adunan tepung. Lalu digoreng hingga warna perang keemasan. Sedia untuk diangkat dan ditoskan minyak dan sedia untuk dihidang.

Kuih Lapis Kacang Hijau

Bahan-bahan yang diperlukan untuk lapisan kuning :

  • Secawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 250 ml santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna kuning telur secukupnya

Cara-caranya adalah :

Semua bahan diatas dicampurkan, tapis dan jadikan sebanyak 1200 ml. Sekiranya tidak cukup boleh ditambah air. Kemudian bahagikan ia kepada 4 bahagian.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk lapisan hijau :

  • 3/4 cawan tepung kacang hijau
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 80 gram tepung ubi
  • Secawan gula pasir
  • 250 ml santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna kuning hijau epal secukupnya

Cara-caranya adalah :

Semua bahan diatas dicampurkan, tapis dan jadikan sebanyak 1200 ml. Sekiranya tidak cukup boleh ditambah air. Kemudian bahagikan ia kepada 4 bahagian.

Cara-cara Melapis:

  1. Setiap adunan dibahagikan kepada 4 bahagian, lapisan kuning dikukus terlebih dahulu. Kemudian apabila sudah masak lapisan kedua bewarna hijau pula dikukus.
  2. Langkah no 1 diulang sehingga lapisan ke lapan
  3. Setiap lapisan dikukus selama lebih kurang 8-10 minit dan hendaklah dicakar dengan menggunakan garfu
  4. Bahagian akhir kukus selama 15 minit dan apabila sudah masak, angkat dan sejukkan di suhu bilik. Lalu, dipotong dengan menggunakan pembaris talam.

Kuih Talam Kacang Hijau

Bahan kacang hijau dilapisan bawah :

  • 1 cawan kacang hijau yang telah direbus lembut dan dikisar halus
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • Secawan gula
  • 3 cawan santan cair + secubit garam
  • Pewarna hijau secukupnya

Bahan santan dilapisan diatas:

  • Secawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu the garam

Cara membuat lapisan bahagian bawah :

  1. Pengukus hendaklah dipanaskan. Loyang dilapik menggunakan plastic ataupun disapu minyak terus pada loyang tersebut.
  2. Semua bahan hendaklah dimasukkan kedalam periuk kecuali kacang hijau dan gaul rata. Lalu tapis dan dimasak seketika diatas api sehingga adunan bertukar sedikit pekat. Kacang hijau yang telah dikisar dimasukkan dan gaul rata.
  3. Adunan dituangkan kedalam Loyang lalu dikukus sehingga masak lebih kurang 30 minit.

Cara membuat lapisan bahagian atas :

  1. Semua bahan hendaklah digaul dan ditapis. Kemudian adunan dipanaskan diatas api yang kecil. Hendaklah sentiasa digaul bancuhan adunan supaya tidak berketul
  2. Setelaah adunan bahagian bawah telah masak, cakarkan sedikit menggunakan garfu. Kemudian adunan santan dituangkan keatas permukaan kacang hijau tadi.
  3. Selama 25 minit dikukus dan hendaklah disejukkan sepelum potong dan hidang.

Selesai 3 resepi berkaitan kuih kacang hijau. Satu bahan sahaja sudah mampu membuat pelbagai resepi kuih yang menarik dan mudah untuk dibuat. Yang tinggal hanya merajinkan badan sahaja. Selamat mencuba !

SUMBER:

https://www.mrspip.com/2020/05/resipi-kuih-kacang-hijau-goreng-sedaprangup.html

https://my-resepi.com/resepi-kuih-lapis-kacang-hijau/

http://fizalgk.blogspot.com/2013/05/talam-kacang-hijau.html

Summary
3 Resepi Kuih Kacang Hijau Yang Simple
Article Name
3 Resepi Kuih Kacang Hijau Yang Simple
Description
Kuih kacang hijau merupakan antara kuih kegemaran rakyat Malaysia. Ia juga merupakan antara kuih tradisional Malaysia yang agak popular.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: