Now Reading
Resepi Kuih Cakoi, Kuah Kacang dan Sos Kuah Manis Pandan

Resepi Kuih Cakoi, Kuah Kacang dan Sos Kuah Manis Pandan

Cakoi adalah makanan tradisi yang berasal dari China makanan ini dipanggil Youtiao disana, cakoi juga tersebar luas di seluruh asia tenggara dan dipanggil dengan nama yang berbeza. Cakoi boleh dimakan pada waktu pagi untuk sarapan, petang untuk minum petang dan juga malam kerana ianya dihasilkan seperti roti. Cakoi selalunya dimakan pada waktu petang bersama sos kuahnya yang sangat sedap. Adakah anda tahu bagaimana cara – cara untuk membuat cakoi? Jika tidak, mari kita sama sama belajar cara-cara untuk membuat cakoi yang gebu dan lembut!

Resepi Kuih Cakoi Lembut

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandunm
  • 1 paket yis 11g
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara membuat kuih cakoi:

Bahan A:

  • Telur
  • 1/2 cawan air
  • gula
  • garam

Bahan B:

  • Yis
  • Tepung
  • Baking powder.

Cara memasak:

  • Minyak masak untuk menggoreng. Cakoi memerlukan minyak yang banyak untuk menggoreng sebab ia akan mengembang.
  • Pukul dan sebatikan bahan A. Gaul sebati bahan B.
  • Masuk kan minyak masak dalam bahan B
  • Gaul rata, gunakan hujung jari sehingga jadi seperti serbuk yang halus.
  • Masukkan Bahan A sedikit-sedikit ke dalam Bahan B yang telah digaul dengan minyak sampai sebati.
  • Adunan akan menjadi lembik dan melekit.
  • Tutup adunan dan tunggu selama 30 minit – 1 jam untuk dapatkan texture yang lembut, lagi lama lagi bagus.
  • Uli sedikit untuk keluarkan udara, uli tu penting.
  • Lipat dua serta tumbuk-tumbuk dan ulang selama 5minit.
  • Rehatkan lagi doh dalam 20-30- minit.
  • kemudian boleh potong panjang. Tengah-tengah boleh tekan dengan lidi. Sebelum potong celup pisau dengan tepung, supaya doh tidak melekat pada pisau dan menyukarkan anda.
  • Untuk kuah pula atau pun sos anda boleh ikut 2 resepi ini

Kuah Kacang Yang Boleh Dimakan Bersama Cakoi.

Bahan-Bahan:

*bahan dibawah adalah untuk kuantiti yang banyak.

See Also
bihun tomyam

  • 1 kg kacang tanah
  • 15 biji cili kering, yang telah dibuang biji dan direndam bersama air panas dan dikisar halus
  • 2 keping gula melaka
  • 1 cawan kecil air asam jawa
  • Serta garam secukup rasa
  • Bahan untuk dihiris nipis:
    • 14 biji bawang merah
    • 7 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara-cara masak:

  1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
  2. Goreng bahan hiris nipis dalam sedikit minyak sehingga naik bau. Angkat dan kisar halus bersama sedikit air.
  3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
  4. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

Tips:

  • Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Sos Kuah Manis Pandan (Dimakan Bersama Cakoi)

Bahan-bahan:

  • Susu cair (1 1/2 cawan)
  • Sedikit pes atau esen pandan
  • Garam (secubit) Tepung kastard (1 1/2 sudu besar)
  • Susu pekat (3-4 sudu) Sedikit pewarna hijau

Cara masak:

  1. Campurkan semua, kacau sebati dan masak sehingga sedikit pekat.
  • Tips untum cakoi: Cakoi menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng kerana ia akan mengembang.
  • Jika anda rajin, anda boleh juga tindih cakoi seperti di pasar malam.
  • Semasa memotong, tangan dan pisau akan tercelup dengan tepung dan ianya akanmelekat-lekat. Walaubagaimanapun, memang akan melekat-lekat juga macam mana pun. Jangan risau.

Nota: Cakoi juga boleh dimakan dengan sambal ikan bilis, kuah asam pedas, kuah sardin atau apa sahaja yang anda suka. Terdapat juga cakoi yang disapu dengan marjerin dan kaya yang lazimnya dijual di Sabah.

Semoga bermanfaat, dan selamat mencuba!

SUMBER:

https://iluminasi.com/bm/resepi-kuih-cakoi-lembut-dan-sos-manis-pandan.html

https://www.google.com/amp/s/resepichenom.com/resepi/kuah-kacang/show/amp

error: Content is protected !!