kuey teow goreng

Sekiranya anda berasal daripada Asia Tenggara pasti anda mengetahui hidangan popular iaitu kuey teow goreng. Ia merupakan hidangan yang digemari ramai kerana rasanya yang enak dan mudah dimasak. Terdapat pelbagai cara dan resepi kuey teow yang anda boleh cuba kerana bahan-bahan yang lain mempengaruhi rasa kepada kuey teow goreng anda.

Tips Memasak Kuey Teow Goreng

  • Dapatkan bahan yang segar — tauge segar dan rangup, mi segar, udang ,kerang berdarah dan lain-lain.
  • Rendamkan udang dengan gula dan air ais, untuk memberikan rasa yang yang lebih manis dan rangup.
  • Gunakan kuali yang sangat panas.
  • Kawal masa memasak anda. Pastikan tidak terlalu lama.

Kalori Untuk Satu Pinggan

Kuey teow goreng pastinya bukanlah hidangan yang sihat kerana ia menggunakan banyak sos. Kebiasaannya satu pinggan mengandungi sebanyak 639 kalori.

Resepi Kuey Teow Goreng

Bahan-bahan

  • 500gm kue teow3 ulas bawang putih – di cincang 
  • 1 cawan udang 1 cawan kerang – siap di kopek
  • 2 ketul fish cake – di potong nipis 
  • daun kucai – potong pendek (lebih kurang 1 inci)
  • 2 cawan taugeh
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak – untuk menumis

Bahan-bahan untuk sos

  • 1 sudu besar cili kisar½
  •  1/2 sudu besar kicap pekat 
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos cili 

Arahan

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau wangi dan masukkan pes cili sambil dan kacau.

2. Masukkan bahan sos, kerang, fish cake dan udang.

3. Seterusnya masukkan mi kuey teow dan kacau lagi.

4. Masukkan pula daun kucai dan taugeh menggunakan teknik kaup balik. Jangan kacau terlalu lama jika anda ingin kan sayur yang lebih rangup.

5. Masukkan telur dan kacau sebentar.

6. Siap untuk dihidang !

Untuk mengelakkan kuey teow melekat di kuali, anda perlu mengasingkan mi kuey teow satu persatu semasa membasuhnya. Bukan itu sahaja, jangan gunakan mi yang masih sejuk untuk mengelakkan mi dari pecah.

Selamat mencuba!

RUJUKAN

https://www.recipetineats.com/char-kway-teow/

https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_2015-07-28_134215.html

Penang Fried Flat Noodles – Char Kuey Teow
Tagged: