Resepi Kuah Kacang Sihat
Kuah kacang adalah sejenis hidangan yang sinonim tatkala sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kuah kacang adalah sejenis hidangan yang sinonim tatkala sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ia adalah versatil, boleh dimakan bersana nasi impit dan sebagai kuah satay.

  • Kategori Masakan: Masakan Melayu/ Jawa
  • Saiz Hidangan: 7-8 orang

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang tanah disangai/digoreng
  • 1/2 liter air
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 ketul gula melaka kecil
  • Gula perang jika perlu
  • Garam secukup rasa
  • Lengkuas sebesar ibu jari (diketuk)
  • Minyak sayuran secukupnya
  • 20 sudu besar cili kering kisar / 30 tangkai cili kering (dibuang biji)
  • 2 biji bawang besar dihiris kasar *
  • 4 ulas bawang putih dihiris kasar*
  • 3 batang serai dihiris nipis *

Cara penyediaan:

  1. Sangai atau goreng kacang tanah dengan api sederhana sehingga kacang tanah masak dan berwarna sedikit kehitaman.
  2. Kisar halus sebahagian kacang tanah dan kisar kasar sebahagian yang lain.
  3. Panaskan minyak sayuran secukupnya dan goreng kesemua bahan bertanda * sehingga naik bau dan kisar halus.
  4. Gunakan semula minyak untuk menggoreng bawang dan serai sebentar tadi dan tumis cili kering kisar.
  5. Masukkan bahan kisar, kacang tanah, air, air asam jawa, gula melaka, garam dan lengkuas dan reneh menggunakan api kecil sehingga kacang mengeluarkan minyak.
  6. Sentiasa kacau supaya kuah kacang tidak hangus.
  7. Akhir sekali, seimbangkan rasa dan tambah gula pasir sedikit jika perlu.
  8. Hidangkan kuah kacang anda bersama nasi impit atau sate!

Jika anda suka kuah kacang yang mempunyai tekstur yang halus, anda boleh kisar kesemua kacang sehingga hancur.

Biasanya kalau kacang tanah yang digoreng menggunakan minyak, cara mengisar

Sekiranya kuah kacang terlalu cair, anda boleh tambah tepung jagung sedikit untuk memekatkan kuahnya ataupun reneh kuah kacang lebih lama sehingga kuah menjadi pekat seperti yang diingini.

Summary
Resepi Kuah Kacang Sihat
Article Name
Resepi Kuah Kacang Sihat
Description
Kuah kacang adalah sejenis hidangan yang sinonim tatkala sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dimakan dengan nasi impit dan satay.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: