Kimchi

Kimchi ialah hidangan sampingan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis napa dan lobak korea yang telah diperam.

Selama satu dekad yang lalu, kimchi Korea telah mendapat pengiktirafan global sebagai makanan probiotik yang sihat. Kimchi adalah sumber bakteria asid laktik yang baik yang mempunyai kesan anti-pengoksidaan dan anti-kanser serta membantu mencegah penuaan.

Bahan Bahan Yang Diperlukan Buat Kimchi

  • Kubis napa
  • Garam
  • Air
  • Tepung beras
  • Gula
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sos ikan
  • Gochugaru atau serbuk cili
  • Lobak
  • Daun bawang

Cara Membuatnya

  1. Potong kubis

Potong kubis secara memanjang melalui batang menjadi empat. Potong inti dari setiap bahagian. Potong setiap suku ke atas menjadi jalur selebar 2 inci.

2. Gaul kubis menggunakan garam

Masukkan kubis ke dalam mangkuk besar dan taburkan dengan garam sehingga rata. Dengan menggunakan tangan anda, gaul garam ke dalam kubis sehingga kubis menjadi lembut. Kemudian, perapkan kubis selama 1 hingga 2 jam.

3. Bilas dan tapis kubis

Bilas kubis menggunakan air sejuk sebanyak 3 kali. Kemudian, sila tapis kubis sehingga air tersebut kering sepenuhnya selama 15 hingga 20 minit. Sementara menunggu, anda boleh teruskan membuat pes rempah untuk kubis tersebut.

4. Sediakan bubur

Masakkan air dengan tepung beras di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan and sentiasa mengacau bubur tersebut supaya ia tidak berketul ketul. Kemudian, masukkan gula dan apabila sudah mendidih, tutup api dengan segera.

5. Buat pes rempah

Kisarkan bawang putih, halia dan sos ikan. Kemudian, campurkan ia dengan bubur yang telah mendidih tadi dan gochugaru. Gocharu ialah serbuk cili dari Korea yang boleh anda dapati di pasaraya atau atas talian.

Untuk gochugaru tersebut, anda boleh gunakan 1 sudu besar untuk rasa yang kurang pedas hingga 5 sudu besar untuk pedas. Biarkan campuran ini sehingga kubis siap.

6. Campurkan sayur dan pes rempah

Tapis perlahan-lahan sisa air dari kubis dan tambahkan ke pes rempah. Anda boleh masukkan lobak dan daun bawang.

7. Gaul hingga sebati

Dengan menggunakan tangan anda, masukkan pes ke dalam sayur-sayuran dan gaul mereka sehingga benar benar sebati. Anda boleh menggunakan sarung tangan untuk mengelakkan tangan anda daripada berbau.

8. Masukkan kimchi ke dalam balang

Masukkan kimchi ke dalam mana mana baling di rumah anda. Tekan kimchi ke bawah sehingga air garam naik untuk menutup sayur-sayuran, meninggalkan ruang sekurang-kurangnya 1 inci di bahagian atas. Sila tutup baling jika selesai.

9. Tapai ia selama 1 hingga 5 hari.

Letakkan mangkuk atau pinggan di bawah balang untuk menahan limpahan. Biarkan balang pada suhu bilik yang sejuk, di bawah cahaya matahari secara langsung selama 1 hingga 5 hari.

Anda mungkin melihat gelembung di dalam balang dan air garam boleh melimpah keluar dari penutupnya.

10. Periksa setiap hari dan simpan ia di dalam peti sejuk

Periksa kimchi sekali sehari, buka balang dan tekan sayur dengan jari atau sudu bersih untuk memastikannya ia tenggelam sepenuhnya di bawah air garam. Apabila rasa kimchi cukup masak mengikut kesukaan anda, pindahkan balang ke peti sejuk.

Walaupun anda boleh mula memakan kimchi anda pada bila-bila masa, namun ia memerlukan masa sehingga dua minggu di dalam peti sejuk untuk menghasilkan rasa yang lebih sedap.

Sumber

https://www.koreanbapsang.com/baechu-kimchi-napa-cabbage-kimchi

https://www.thekitchn.com/how-to-make-easy-kimchi-at-home-189390

Summary
Resepi Kimchi Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah
Article Name
Resepi Kimchi Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah
Description
Kimchi ialah hidangan sampingan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis napa dan lobak korea yang telah diperam. Selama satu dekad yang lalu, kimchi Korea telah mendapat pengiktirafan global sebagai makanan probiotik yang sihat. Kimchi adalah sumber bakteria asid laktik yang baik yang mempunyai kesan anti-pengoksidaan dan anti-kanser serta membantu mencegah penuaan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: