Ketupat sotong adalah hidangan makanan yang unik kerana sotong akan disumbat dengan pulut bersama santan pekat. Hidangan ini sangat mudah didapati di Kelantan dan Terengganu, lebih-lebih lagi bila tiba musim mencandat sotong.

Walaubagaimanapun, hidangan ini agak sukar untuk untuk dijumpai di luar kawasan negeri pantai timur. Oleh itu, kami bawakan kepada anda resepi ketupat sotong untuk anda cuba sendiri walau di mana saja anda berada.

Jom lihat resepinya yang sangat senang di bawah.

Bahan-bahan

  • 1 kilogram sotong bersaiz sederhana/besar
  • Pencungkil gigi/lidi sate
  • 1/2 kilogram santan pekat
  • 10 helai daun pandan
  • 3 keping gula melaka
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cubit garam
  • 1/2 cawan santan cair dan secubit garam untuk dimasukkan ke dalam beras pulut

Langkah-langkah memasak:

  1. Pertama sekali, rendam beras pulut selama 1-2 jam.
  2. Setelah itu, bilas beras pulut dan masukkan 1/2 cawan santan cair serta sedikit garam untuk membersihkan sotong. Buangkan kulit dan asingkan kepala sotong.
  3. Tuangkan separuh daripada pulut ke dalam sotong.
  4. Masukkan semula kepala sotong dan cucuk dengan pin supaya kepala sotong tidak terpisah dari badan.
  5. Masukkan daun pandan di bahagian bawah periuk dan susun sotong.
  6. Masukkan santan pekat. Tambahkan tiga keping gula melaka dan secubit garam.
  7. Panaskan dengan api kecil sehingga masak, biarkan sehingga santan nampak pecah dalam minyak selama 40-45 minit.
  8. Angkat dan susun ke dalam pinggan. Sedia untuk dinikmati.

Sumber:

https://www.butterkicap.com/open-house/ketupat-sotong-ketupat-sotong-bersatu

https://www.aziekitchen.com/2012/08/ketupat-sotong.html

Summary
Resepi Ketupat Sotong Yang Mudah Dan Ringkas
Article Name
Resepi Ketupat Sotong Yang Mudah Dan Ringkas
Description
Ketupat sotong adalah hidangan makanan yang unik kerana sotong akan disumbat dengan pulut bersama santan pekat. Hidangan ini sangat mudah didapati di Kelantan dan Terengganu, lebih-lebih lagi bila tiba musim mencandat sotong.
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: