Resepi keropok lekor dengan rasa paling asli
Jika anda ke Terengganu, satu makanan yang pasti dicari mestilah keropok lekor kan? Tapi, kali ini jom masaknya dengan cara lebih sihat pula.

Jika anda ke Terengganu, satu makanan yang pasti dicari mestilah keropok lekor kan? Tapi, jenis yang sedap tentunya yang penuh dengan isi ikan, bukan semata-mata angin sahaja.

Makan panas-panas dengan sos cicah pada waktu petang, bukankah ini sangat menyeronokkan?

Sekarang, anda tidak perlu lagi beli keropok lekor di luar kerana ia boleh disediakan di rumah dengan mudah. Malah, prosesnya tidak sukar dan tidak mengambil masa yang lama pun.

Sementara anda membaca resepi di bawah, anda mungkin akan perasan bahawa keropok lekor ini nanti tidak dimasak dengan cara biasa iaitu menggunakan minyak masak, tetapi dengan cara lain.

Jom lihat cara penyediaannya sekarang.

Bahan-bahan:

  • 1kg ikan kembung biasa/ ikan selayang (ambil bahagian isi sahaja)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil ajinamoto (atau perasa lain)
  • 2 sudu kecil serbuk penaik

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dan gaul hingga rata.
  2. Uli dan bentukkannya menjadi bahagian-bahagian kecil sehingga semua adunan habis digunakan.
  3. Rebus air bersama sedikit minyak dan garam untuk elakkan ia melekat di periuk atau kuali.
  4. Masukkan adunan yang sudah dibentukkan apabila air sudah menggelegak.
  5. Rebus sehingga keropok timbul, kemudian angkat dan toskan.
  6. Sejukkannya sebentar dan kemudian goreng menggunakan air fryer atau ketuhar pula. Pastikan anda semburkan sedikit minyak ke dalam bekas air fryer atau bekas dalam ketuhar.
  7. Masak dengan suhu 180°C dalam tempoh 20 minit.
  8. Terbalikkan ia sekali sekala sehingga ia masak dengan garing.
  9. Jika tidak berapa garing, tambahkan masa mengikut kesesuaian.
  10. Hidangkan dalam pinggan panas-panas dan makan bersama sos mengikut pilihan anda.
  11. Anda boleh simpan yang sudah direbus dalam peti ais dan gorengnya di kemudian hari.
  12. Jika mahu tahan lama, simpannya di bahagian sejuk beku.

SUMBER

https://iluminasi.com/bm/resepi-keropok-lekor-homemade-lembut-dan-tidak-liat.html

https://www.wanisukarno.com/2018/09/cara-goreng-keropok-lekor-guna-air-fryer.html

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi keropok lekor dengan rasa paling asli
Published On
Tagged: