kerabu sotong

Kerabu sotong, siapa je yang tak suka akan makanan ini? Bila anda gabungkan rasa segar dan sayuran, anda akan dapat kerabu yang sedap dan ringan.

Harga sotong juga berpatutan dan memerlukan yang sebentar sahaja untuk masak. Kuah kerabu mungkin sedikit berisiko untuk dibuat, tapi sangat berbaloi untuk rasa.

Kepada anda yang teringin nak makan kerabu sotong tu, inilah masanya untuk anda pakai apron, siapkan bahan dan mula memasak.

Ada banyak sebab mengapa kerabu sotong digemari ramai. Rasa pedasnya. Ada sotong dan sayur-sayuran. Tambahan pula, kerabu sotong ni agak berkhasiat okay. Jom cuba resepi kerabu sotong ini, jangan takut untuk rasa benda baru.

1. RESEPI KERABU SOTONG THAI

Bahan-bahan A: sotong

  • 3 ekor sotong segar bersaiz XL

Bahan-bahan B: dihiris

Bahan-bahan C:

  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3/4 sudu besar gula perang kastor
  • 1/3 sudu besar garam bukit
  • 3 hirisan jus lemon
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Secubit empingan cili

Cara Penyediaan:

  1. Basuh bersih sotong. potong bulat dan celur di dalam air panas buat seketika. Tos kering sotong itu.
  2. Di dalam mangkuk berasingan, masukkan kicap sotong, sos tiram, gula perang kastor dan jus lemon. Kacau rata.
  3. Tambah secubit dua serbuk lada hitam dan empingan cili. Gaul sekali laagi.
  4. Masukkan bahan-bahan (B) bersama sotong anda. Gaul sehingga sebati.
  5. Kalau rasa kerabu sotong anda dah cukup masin manis dan pedas, ia sudah boleh dihidang.

2. RESEPI KERABU MANGGA SOTONG KEMBANG

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga mengkal
  • 1 ekor sotong kembang (bersaiz sederhana)
  • 1 batang serai (bahagian putihnya sahaja, hiris halus)*
  • 2 biji bawang merah kecil (hiris halus)*
  • 1 batang bunga kantan (hiris halus)
  • 5 biji cili padi merah (hiris halus)*
  • 5 biji cili padi hijau (hiris halus)*
  • 1 genggam kacang tanah (disangai, dibuang kulit dan ditumbuk kasar)
  • 1 genggam ikan bilis (dibersihkan, dicuci dan goreng sehingga garing)
  • 2 biji limau kasturi (perah jusnya)
  • 2 sudu besar sos ikan atau secukup rasa
  • 1 sudu teh gula

Cara Penyediaan:

  1. Kupas mangga mengkal anda, cuci dan lap kering. Sagat kasar mangga tadi atau potong halus memanjang. Potong sotong kembang anda kepada kepingan kecil, basuh dan rendam buat beberapa minit. Toskan dan ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk, masukkan sotong, mangga dan kesemua bahan bertanda (*). Kacau rata, kemudian tambah kacang tanah, ikan bilis, gula, jus limau kasturi dan sos ikan.
  3. Kacau sekali lagi, kalau kurang masin boleh tambah sos ikan untuk perasakan. Hidang menu ini sebagai pembuka.

3. RESEPI SOTONG KERABU TELUR MASIN

Bahan-bahan:

  • Sotong
  • Daun bawang (dihiris)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)
  • 1 biji limau nipis (dijuskan)
  • Telur masin direbus (potong dadu)
  • Tepung Bestari

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan daun bawang daun sup, daun ketumbar, cili padi dan cili merah bersama dan gaul rata.
  2. Masukkan telur masin rebus yang telah dibuang kulit. Perahkan jus limau nipis.
  3. Sumbat sotong anda dengan bahan-bahan tadi dan kepitkan dengan lidi. Kemudian, salutkan ia dengan tepung Bestari.
  4. Goreng sotong pada api sederhana. Apabila ia sudah masak, potong kepada bentuk bulat.

4. RESEPI KERABU SUHUN

Bahan-bahan:

  • 50g suhun
  • 300g sotong (saiz sederhana)
  • 10 batang daun kesum (hiris halus)
  • 3 biji cili padi (hiris kecil)
  • 3 biji cili merah (potong kecil)
  • 1 bawang besar (hiris halus)
  • 1 batang bunga kantan (hiris halus)
  • 2 sudu besar limau nipis (dijuskan)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Rendam bihun untuk lembutkan ia. Celur di dalam air panas dan toskan kering.
  2. Buang kulit sotong anda dan cuci bersih. Kemudian, potong kepada bentuk bulat.
  3. Panaskan kuali anda dan masukkan sotong. Masak selama 4 ke 5 minit maksimum. Angkat keluar.
  4. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Untuk elakkan konsistensi sotong menajdi liat, jangan terlebih masak. Sentiasa masak sotong dengan kadar yang sekejap. Jangan takut nak angkat sotong lebih awal dari memasak protein yang lain.
  • Memilih sotong: penting untuk pilih samada segar atau sejukbeku. Sebolehnya untuk buat kerabu cari jenama yang bagus untuk sotong sejukbeku, tetapi rasanya takkan dapat lawan dengan sotong segar.

Kerabu sotong yang ringan yang menyegarkan ini rendah kalori dan lemak. Mungkin ada dikalangan anda kurang gemar untuk merebus sotong. Tetapi resepi kali ini kena rendam sotong di dalam air garam mendidih selama 30 saat, biar ia masak tanpa menjadi liat.

Simpan kerabu sotong anda 30 minit di dalam peti sejuk sebelum menghidangnya pada suhu bilik atau sejuk-sejuk sedikit. Sedap dihidang bersama sos cili Thai atau nasi panas.

Ini adalah juadah makanan laut yang sedap dan bertradisi. Kerabu sotong yang lazat ini sesuai dijadikan juadah ketika malam minggu dan cukup dihidang sebagai pembuka selera mahupun sajian utama. Rasanya sangat sedap. Kami harap anda dapat mencubanya nanti!

SUMBER:

https://www.macheesmo.com/calamari-salad/

https://www.rasa.my/resipi-kerabu-sotong-thai-yang-sangat-sedap/

https://www.tiffinbiru.com/2014/07/kerabu-mangga-sotong-kembang.html

https://iluminasi.com/bm/resepi-sotong-kerabu-telur-masin-paling-istimewa.html

https://www.anasuhana.com/2018/05/10-resipi-kerabu-mudah-dan-sedap.html

https://philosokitchen.com/calamari-salad-salmoriglio-healthy/

https://thehappyfoodie.co.uk/recipes/hot-and-sour-squid-salad-with-chilli-lime-leaf-mint-and-coriander-yam-pla-muk

Tagged: