resepi kek pelangi

Mari mencuba Resepi Kek Pelangi Sedap : Cheese Kukus Bakar. Terdapat beberapa resepi kek pelangi sedap untuk anda mencuba dengan pelbagai kaedah.

KEK LAPIS PELANGI CHEESE

resepi kek pelangi

Ramuan:

  • 500 gm mentega
  • 100 gm gula halus
  • 10 biji telur (gred A)
  • 250 gm cream cheese
  • 150 gm whipping cream (Dairy)
  • 50 gm serbuk aiskrim vanilla
  • 100 gm horlick
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 320 gm tepung hong kong
  • 1 botol jem buah-buahan campur
  • Pewarna putih, merah, oren, kuning, hijau, biru, indigo, violet (ungu)

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga gebu dan masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis sambil dipukul sebati.
  2. Masukkan cream cheese dan whipping cream, pukul sehingga sebati. Masukkan susu pekat manisdan putar lagi. Masukkan horlick dan serbuk aiskrim vanilla, adun sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  3. Bahagi kepada 2 bahagian:
  • warna asal boleh masukkan sedikit warna putih.
  • bahagikan kepada 7 bahagian dan diberi 7 warna setiap satunya (warna Pelangi)
  1. Panaskan oven 10 minit suhu 160•c. (Bergantung kepada oven masing-masing). Alas loyang dengan baking paper. Kemudian masukkan warna pertama di dalam loyang kemudian bakar sehingga masak atau dalam masa lebih kurang 7 minit guna api atas dan bawah. Sapukan jem dan lapis pula warna putih dan bakar selama 7 minit tetapi menggunakan api bahagian atas sahaja. Ulang proses ini sehingga habis mengikut turutan warna pelangi dan diselang-seli dengan warna putih. Setiap lapisan disapu jem.

KEK PELANGI KUKUS

resepi kek pelangi

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 200 gm gula halus
  • 1 sudu teh ovellete
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 100 ml santan
  • 100 ml minyak masak/butter yang telah dicairkan
  • Esen vanila Perisa dan pewarna


Cara-Cara:

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Pukul telur,gula dan ovellete sehingga kembang dan putih.
  3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, gaul sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan esen vanilla dan santan, gaul sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan minyak dan gaul hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian mengikut warna pelangi. Anda juga boleh letak perisa yang disukai.
  • ungu
  • biru
  • hijau
  • kuning
  • oren
  • merah
  1. Masukkan waran pertama kedalam Loyang dan kukus. Pastikan kukusan dipanaskan terlebuh dahulu menggunakan api sederhana. Apabila telah masak waran pertama, masukkan warna kedua. Ikut proses ini sehinggan selesai ke enam-enam warna.

KEK PUDING KARAMEL PELANGI

resepi kek pelangi

Ramuan

Karamel:
4 sudu besar gula pasir .

Puding:
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
3 biji kuning telur + 2 biji telur (putih + kuning)
1 sudu kecil esen vanilla

KEK:
Bahagian A (meringue):
6 putih telur
4 sudu besar gula halus
1 sudu kecik cream of tartar

Bahagian B:
1 cawan tepung gandum**
1 sudu kecik baking powder**
4 sudu besar gula halus
3 kuning telur
135 ml air
1/3 cawan minyak jagung atau minyak masak
(ayak bahan bertanda **)

Langkah

  1. Asingkan telur.
  2. Perangkan gula atas api perlahan. Rata dan sejukkan.
  3. Masukan Bahan pudding kedalam bekas dan pukul sehingga berbuih dan tapis kedalam loyang karamel.
  4. Bahagian A, campukan semua dan adun hingga jadi meringue yang kental. Tak jatuh jika ditelangkupkan mangkuk.
  5. Bahagian B, pukul kuning telur, air, gula dan minyak sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan putih telur sesenduk demi sesenduk dan kacau balik hingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak warna yang disukai. Tuang adunan secara selang seli kedalam loyang. Jangan risau adunan tidak akan tenggelam dalam puding.
  8. Panaskan oven dan loyang air selama 10 minit, 180•c. Kemudian masuk loyang kek tadi (kaedah stim bake). Turunkan suhu 160 •c dan 45 minit pertama bakar api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas bawah.
  9. Apabila sudah masak, biarkan selama 5 minit dalam oven dengan pintu sedikit terbuka. Kemudian angkat dan biarkan kek sejuk dan mengecut dahulu.
  10. Sisipkan tepi loyang dan terbalikkan kek. lebih sedap dimakan sejuk-sejuk.

KEK PELANGI LEGEND

resepi kek pelangi

Ramuan

  • 1 1/2 ketul buttercup
  • 1 1/2 cawan gula halus – boleh kisar jika hendak lagi halus
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen rose
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 1/2 cawan tepung kek Bluekey
  • pewarna merah, kuning, hijau, biru dan unggu

Langkah

  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang
  2. Kemudian, masukkan telur satu persatu sambil pukul untuk setiap kali masukkan telur. kemudian pukul lagi selama 2 minit sehingga sebati.
  3. Campurkan susu pekat dan esen rose. Pukul sehingga rata
  4. Akhir sekali, masukkan tepung kek dan serbuk penaik yang telah diayak. Pukul sehingga sebati dan Jangan terlebih pukul sebab nanti kek jadi keras..
  5. Bahagikan adunan kepada5 bahagian. Setiap bahagian dicampur dengn pewarna dan kacau sehingga sebati.
  6. Alas loyang saiz 10 inci dengan baking paper. Kemudian, tompokkan 3 sudu besar adunan merah di tengah-tengah loyang. Tompokkan pula dgn 3 sudu besar adunan kuning di atas adunan merah. Dan
    diikuti degan adunan hijau, biru dan unggu. Semuanya 3 sudu besar
  7. Ulang langkah yang sama hingga habis adunan. Goyang-goyangkan sedikit loyang supaya adunan rata ke tepi Loyang.
  8. Bakar pada suhu 130•c selama 1 jam 15 minit, api bawah di untuk rak tengah. Kemudian, tukar api atas saja. Bakar selama 5 minit di rak paling bawah. Ia, bergantung pada oven masing–masing. Untuk memastikan kek dah masak, cucuk dgn lidi. Jika lidi tidak melekat dengan kek maka, keke telah masak.
    Terbalikkan di atas jaring dan biarkan suam baru potong.

Selamat Mencuba Resepi Kek Pelangi Sedap. Semoga Kek yang dihasikan lazat dan enak.

sumber:

https://cookpad.com/my/search/kek%20pelangi

Resipi Kek Minyak Pelangi, Kek Legend Dari Dulu Sampai Sekarang (rasa.my)

Cara Buat Kek Puding Karamel Pelangi, Resepi Mudah Guna Sukatan Cawan | Daily Makan

Resepi Kek Kukus Pelangi | Daily Makan

kek lapis cikgu kayah: koleksi kek lapis cikgu kayah

Summary
Resepi Kek Pelangi Sedap : Cheese Kukus Bakar
Article Name
Resepi Kek Pelangi Sedap : Cheese Kukus Bakar
Description
Mari mencuba Resepi Kek Pelangi Sedap : Cheese Kukus Bakar. Terdapat beberapa resepi kek pelangi sedap untuk anda mencuba dengan pelbagai kaedah.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: