kek milo

Resepi Kek Milo ini sangat menarik dan mudah dibuatkan di rumah. Ia secara ajaibnya akan berubah menjadi 3 lapisan di dalam ketuhar! Milo akan menambah rasa coklat nostalgia yang pasti disukai oleh seisi keluarga.

Berikut adalah panduan untuk membuat kek Milo yang sedap ini dengan fudge di lapisan bawah, kastard di lapisan tengah dan kek span di lapisan atasnya dengan perisa Milo.

Cubalah resepi Kek Milo ini yang anda tidak akan menyesali.

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 1 jam

Hasil hidangan: 16

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur, dipisahkan
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan Milo
  • 125g mentega, dicairkan
  • 3/4 cawan tepung biasa
  • 2 cawan susu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar sehingga 160C. Alaskan acuan kek empat segi 20cm dengan kertas baking yang tidak melekat.

2. Pukul telur putih sehingga membentukkan puncak kaku di dalam mesin pengadun ataupun menggunakan pemukul tangan kek.

3. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur kuning dan gula sehingga warnanya menjadi pucat. Masuk dan gaulkan serbuk Milo ke dalam telur. Kemudian masukkan mentega cair dan pukul sehingga sebati. Campurkan tepung, kemudian masukkan susu sambil digaulkan sehingga anda mempunyai adunan nipis yang sangat halus. Masuk dan gaulkan perlahan-lahan telur putih sehingga sebati.

4. Tuangkan ke dalam acuan kek yang disediakan dan bakar selama 45 minit di dalam ketuhar. Pada peringkat ini, periksa sama ada kek sudah masak dengan menggoyangkan acuan kek dengan lembut. Sekiranya adunan masih goyang, kembali ke ketuhar selama 5-15 minit lagi. Periksa sebentar lagi. Sekiranya bahagian atas menjadi terlalu coklat, tutupkan dengan penutup foil.

5. Apabila bahagian tengahnya sudah siap dan menjadi tetap, keluarkan kek Milo daripada ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.

6. Hidangkan kek Milo setelah ia dipotong .

Nota:

Dinginkan kek Milo di dalam peti sejuk. Setelah kek disejukkan, ia akan membantu mengatur dan menetapkan lapisan kastard di dalam kek sebelum dipotong.

Sumber:

https://www.bestrecipes.com.au/recipes/magic-milo-cake-recipe/t2ojmrlw\

Summary
Resepi Kek Milo Yang Sangat Menarik
Article Name
Resepi Kek Milo Yang Sangat Menarik
Description
Resepi Kek Milo ini sangat menarik dan mudah dibuatkan di rumah. Ia secara ajaibnya akan berubah menjadi 3 lapisan di dalam ketuhar! Milo akan menambah rasa coklat nostalgia yang pasti disukai oleh seisi keluarga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: