resepi kek gula hangus

Kek gula hangus, kek gula bakar atau kek sarang semut adalah kek yang unik dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Yang menjadikan kek ini istimewa adalah teksturnya yang lembut dan menyerupai sarang lebah atau sarang semut. Rasanya mempunyai sedikit rasa pahit disebabkan oleh karamel gelap. Anda boleh menggunakan resepi kek gula hangus dibawah, ia mudah dibuat dan sesuai untuk minum petang atau rumah terbuka Hari Raya anda.

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 12 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 cawan gula (gunakan 3 1/4 cawan)
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung biasa
  • 4 sudu kecil soda bikarbonat diayak bersama

Langkah-langkah penyediaan:

  • Gunakan teknik double boiler untuk mencairkan mentega.
  • Sirap gula: Pastikan periuk yang digunakan kering, masukkan gula diatas api kecil, biarkan hingga gula cair jangan sampai terbakar.
  • Masukkan air perlahan-lahan, terus kacau hingga semua sebati. Ketepikan hingga sejuk.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk besar, aduk telur sehingga sebati, (jangan pukul telur). Kemudian masukkan susu pekat, kacau rata dan digabungkan.
  • Masukkan mentega cair dan sirap gula , tepung, gaul rata dan masukkan campuran telur sehingga sebati. Biarkan adunan dan tutup selama 4-5 jam.
  • Panaskan oven anda hingga 170 c
  • Masukkan adunan didalam loyang bersaiz 7 “x 7” yang dilapisi dengan kertas minyak.
  • Masukkan loyang kek ke dalam ketuhar, turunkan suhu hingga 160 darjah selsiu dengan menggunakan api yang rendah selama 35 minit.
  • Selepas itu,  tukarkan kepada api atas dan bawah untuk bakar selama 10 minit lagi.
  • Masukkan lidi, jika keluar bersih, keluarkan kek dari oven. biarkan sejuk di rak sebelum dihidangkan.

Nota Kaki: Jika bahagian atasnya agak coklat, gunakan aluminium foil untuk menutup bahagian atasnya. Anda juga boleh memilih untuk kukus atau membakar kek gula hangus anda!

Selamat mencuba!

SUMBER

https://helen1960.blogspot.com/2015/09/kek-gula-hangus-honeycomb-cake.html

https://www.friedchillies.com/recipes/detail/kek-gula-hangus

Summary
Resepi Kek Gula Hangus Anda Wajib Cuba!
Article Name
Resepi Kek Gula Hangus Anda Wajib Cuba!
Description
Kek gula hangus, kek gula bakar atau kek sarang semut adalah kek yang unik dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Yang menjadikan kek ini istimewa adalah teksturnya yang lembut dan menyerupai sarang lebah atau sarang semut. Rasanya mempunyai sedikit rasa pahit disebabkan oleh karamel gelap. Anda boleh menggunakan resepi kek gula hangus dibawah, ia mudah dibuat dan sesuai untuk minum petang atau rumah terbuka Hari Raya anda.
Publisher Name
CeriaSihat
Tagged: